OSH 3.0 | TENTH COLLEGE
» NEWS » OSH 3.0

OSH 3.0

Program Seminar Pengurursan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) 3.0 merupakan program berbentuk seminar yang diadakan secara tahunan oleh Sekretariat Akademik Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sepuluh sesi 2017/2018. Pada kali ini, Sekretariat Akademik (ACAEX) telah bergabung bersama Kelab Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (M2EC)  bagi melaksanakan program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya mahasiswa tahun tiga dan empat tentang bidang kuasa setiap badan bertanggungjawab dan fungsi-fungsi agensi tertentu dalam aspek pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Program ini telah mendapat penyertaan sebanyak 87 peserta di mana rata-rata peserta adalah merupakan pelajar kolej sepuluh(K10) dan kolej tujuh belas. Penceramah pertama telah menerangkan tentang bidang perundangan Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan. Beliau telah menerangkan tentang apa ciri-ciri kemalangan di tempat kerja, agensi-agensi kerajaan, dan tindakan majikan sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja mereka. Penceramah kedua merupakan pegawai daripada National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), beliau telah menerangkan tentang servis-servis dan kemudahan yang ditawarkan di NIOSH. Secara keseluruhannya program ini telah berjalan lancar dan diharapkan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

 

Date of Input: 20/05/2018 | Updated: 20/05/2018 | ridzuanm

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXETHAZ~