K10 CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) TRAINING | TENTH COLLEGE
» ACTIVITIES »

Event Title
K10 CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) TRAINING
Date
19 Dec 2020 - 19 Dec 2020
Time
01.00 - 07.30
Location
Zoom Meeting
Event Summary
Sekretariat Rekreasi, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sepuluh Sesi 2020/2021, Universiti Putra Malaysia, 19 Disember 2020 – Pada 19 Disember 2020 (Sabtu), Sekretariat Rekreasi Kolej Sepuluh atau lebih dikenali sebagai XRAX, telah menganjurkan program K10 CPR Training dengan kerjasama CPR MALAYSIA. Program ini bertujuan untuk melatih pelajar serta meningkatkan pengetahuan mereka tentang cara melakukan CPR pada waktu kecemasan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang betapa pentingnya CPR dan cara yang betul untuk melakukannya. Semasa program dijalankan, semua ahli jawatankuasa program telah berkomunikasi melalui Whatsapp bagi melakukan persediaan awal sebelum program bermula. Program ini bermula pada pukul 9.30 pagi setelah Zoom link diedarkan oleh pihak CPR MALAYSIA. Seramai 36 pelajar UPM mengikuti bengkel ini bersama 200 orang luar. Pada pukul 9.30 pagi, program dimulakan dengan bacaan doa terlebih dahulu. Penceramah pada hari tersebut iaitu Dr. Azizul Amar merupakan pengasas dan juga presiden CPR MALAYSIA, telah menyampaikan penerangan beliau dengan kaedah yang mudah difahami. Sewaktu program dijalankan, semua peserta telah kerjasama yang baik dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah. Peserta juga tidak segan untuk bertanyakan soalan sewaktu program dijalankan. Pelajar UPM mendapati bahawa program ini sungguh informatif dan mudah dipraktikkan. Ahli jawatankuasa turut bersama-sama mendengar dan membantu mana-mana peserta yang ingin bertanyakan soalan. Program ini telah berlangsung selama 2 jam dan selesai pada jam 12.30 tengahari. Setelah program selesai, sesi fotografi telah dijalankan bersama penceramah dan juga peserta dan kuiz dalam talian telah dijalankan bagi menilai tahap pemahaman mereka terhadap ilmu dan pendedahan yang diberikan tentang CPR. Akhir kata, program ini telah dijalankan dengan jayanya dan maklum balas positif daripada peserta telah diperolehi.

Updated:: 17/06/2021 [rahiza]

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFDVAd~