RUMAH TAMU | KOLEJ SEPULUH
» KEMUDAHAN » RUMAH TAMU

RUMAH TAMU

Rumah Tamu kami terletak di dalam kawasan Kolej 10 yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan penginapan untuk para tetamu. Lokasi yang berdekatan dengan Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Rekabentuk & Seni Bina, Masjid UPM, Dewan Besar PKKSSAAS, serta fakulti-fakulti utama lain di kawasan akademik menjadikannya penginapan yang ideal untuk para tetamu kami. Kemudahan penginapan rumah tamu ini dibuka sepanjang tahun untuk disewa kepada tetamu penyelidik university, pelawat antarabangsa dan orang ramai untuk menghadiri majlis-majlis dan program seperti Konvokesyen, mobiliti, lawatan dan lain-lain.

Rumah Tamu kami terdiri daripada empat unit rumah blok bawah kediaman pelajar dengan dua bilik tidur dan enam unit bilik studio. Setiap unit rumah tamu boleh memuatkan seramai 4-6 tetamu manakala unit studio memuatkan 2 orang tetamu.

Kemudahan asas disediakan seperti penghawa dingin, bilik mandi dilengkapi pancuran mandian air panas, dapur kecil lengkap dengan keperluan peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, periuk induksi, cerek elektrik dan sinki, sesuai untuk masakan ringan sahaja. Tetamu bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan sepanjang tempoh penginapan. Penginapan jenis studio dilengkapi penghawa dingin, peti sejuk dan cerek elektrik untuk kemudahan tetamu kami.

Perkhidmatan WiFi tersedia tanpa sebarang kos kepada tetamu, manakala perkhidmatan dobi berbayar layan diri turut disediakan. Untuk keperluan menjamu selera terdapat kafe pelajar berdekatan. Kemudahan ruang meletak kenderaan turut disediakan.

Untuk melihat jadual tempahan Rumah Tamu, sila klik link di bawah :-

JADUAL KETERSEDIAAN RUMAH TAMU KOLEJ 10

Borang tempahan boleh didapati di bawah atau terus ke Pejabat Pentadbiran Kolej 10.

 

RUMAH TAMU KOLEJ 10

JENIS : Rumah 2 Bilik Tidur, 1 Bilik Air

KAPASITI : 4 Orang

HARGA/MALAM : RM140

LOKASI: Tingkat bawah Blok Lelaki dan Blok Perempuan Kolej 10

RUMAH TAMU PUCHONG

RUMAH TAMU SEPANG

 RUMAH TAMU BANGI

RUMAH TAMU KAJANG

 

atau melalui sistem Tempahan Fasiliti UPM (ST Putra) di http://stputra.upm.edu.my/

Untuk tempahan dan maklumat lanjut mengenai Rumah Tamu ini boleh menghubungi nombor Pejabat Pentadbiran Kolej 10 di talian 03-9769 7398 / 4647.

Kemaskini:: 26/04/2024 [ruzaimi]

PERKONGSIAN MEDIA

WXFRLAW~