Event Title
PROGRAM KELESTARIAN SEMPENA KARNIVAL SUMBER ALAM (KASA) 2024
Date
26 Oct 2024 - 26 Oct 2024
Location
DEWAN KOLEJ CANSELOR, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Event Summary
Hari kedua Karnival Sumber Alam (KASA) 2024 berlangsung meriah, dengan kehadiran pelajar daripada pelbagai kolej di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pada hari tersebut, dua pertandingan utama dipertandingkan iaitu Pertandingan Reka Bentuk Produk Buluh/Kayu dan Pertandingan E-sports. Sebanyak sebelas pelajar dari Kolej Sepuluh mengambil bahagian dalam Pertandingan Reka Bentuk Produk Buluh/Kayu, di bawah pantauan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Sekretariat Akademik dan Pembangunan Intelektual (ACAEX). Selain menjadi medan persaingan, acara ini juga bertindak sebagai platform bagi para peserta dan pengunjung untuk bertukar-tukar idea dan membina jaringan.
Updated:: 10/02/2025 [ruzaimi]