Semua pelajar digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti tyang telah dirancangkan secara tersusun dan berjadual (kalendar aktiviti) pada setiap semester untuk mendapatkan jumlah merit yang ditetapkan supaya layak untuk terus menginap di kolej pada sesi akan datang. Sila rujuk beberapa jadual dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kolej mahupun universiti.
Organisasi Kolej Sepuluh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pentadbiran Kolej dan Pembangunan Pelajar. Pengetua merupakan pegawai eksekutif universiti yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal kolej. Pentadbiran kolej berfungsi dalam menguruskan prasarana dan logistik kolej seperti penyerahan bilik, penyenggaraan kerosakan, fasiliti, surat menyurat dan rekod pelajar.
Bahagian pembangunan Pelajar pula terdiri daripada Felo dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK). Kolej Sepuluh mempunyai 13 staf dan 11 felo yang menyokong perancangan kolej dalam menyediakan penginapan yang selesa, persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar bagi melahirkan pelajar dan pemimpin yang berpersonaliti unggul.
Sistem Maklumat Alumni (AIS) merupakan sebuah laman portal alumni yang dibangunkan oleh Pusat Perhubungan Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.
UPM menawarkan program sepenuh masa kepada calon yang layak kepada pemegang STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM. Sementara itu, pemegang SPM/kelayakan setaraf akan ditawarkan untuk program Diploma dan Asasi Sains Pertanian.
UPM menawarkan pelbagai program pengajian pascasiswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi pada peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara untuk meningkatkan citra dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi berbanding Universiti awam lain di Malaysia. Kami juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar dari lebih 60 buah negara agar mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang berharga ini. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke program pengajian pascasiswazah (bukan pengurusan) perlu melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SGS)secara sepenuh masa dan separuh masa. Bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan pengajian pasca- siswazah menerusi pendidikan jarak jauh, perlu melalui UPM Education & Training Sdn. Bhd. (UPMET) untuk beberapa program terpilih.