Kolej Sepuluh ditubuhkan pada 1 April 1999, terdiri daripada DUA BLOK yang mengandungi7 tingkat dan setiap tingkat mempunyai empat wing A,B,C dan D,termasuk satu bahagian yang menempatkan Pejabat Pentadbiran Kolej.
Kolej Sepuluh juga mempunyai kafetaria dan dewan serbaguna yang membolehkan para pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti dengan lebih selesa. Keselesaan para pelajar dalam menjalankan aktiviti sesungguhnya akan dapat meningkatkan lagi kemahiran insaniah bagi mencapai personaliti yang unggul.
Dengan moto “gemilang antara terbilang” Pengurusan Kolej 10 sedaya upaya menyediakan kemudahan untuk para penghuninya.