Serdang, 30 November 2024 – Sekretariat Pendigitalan dan Komunikasi Korporat (DigiComm), Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia (UPM), berjaya menganjurkan Program Emcee Challenge 3.0 pada hari Sabtu yang lalu di Bilik Heliconia, Kolej Sepuluh. Program ini bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang pengacaraan majlis, sama ada secara formal mahupun tidak formal.
Seramai 18 orang peserta dari kalangan pelajar Kolej Sepuluh telah menunjukkan kebolehan mereka dalam ujibakat ini. Salah satu aktiviti menarik yang dijalankan adalah, para peserta perlu mempersembahkan kemahiran mereka mengacarakan majlis di hadapan penonton dan para juri. Persembahan mereka dinilai oleh juri berdasarkan kriteria utama seperti cara penyampaian iaitu intonasi, kelantangan suara yang digunakan, keyakinan dan kreativiti. Nilai tambah yang lain seperti penampilan diri serta kecekapan semasa membaca tele prompter dan kreativiti juga turut dinilai.
Program ini turut menampilkan juri jemputan luar yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan iaitu Cik Norzulaika binti Mohd Hafizar. Kehadiran juri profesional ini berjaya meningkatkan semangat para peserta untuk menonjolkan bakat mereka dengan lebih yakin seterusnya dapat memberikan peluang kepada peserta untuk menerima pandangan dan nasihat berharga daripada pengacara yang berpengalaman.
Keputusan Pemenang:
Tahniah diucapkan kepada para pemenang atas prestasi cemerlang mereka. Program ini memberikan impak positif kepada pelajar dengan mengasah bakat, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi mereka.
Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua peserta serta Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga lebih banyak program sebegini dapat dianjurkan pada masa akan datang untuk terus menyokong bakat dan aspirasi pelajar.

Gambar 1: Suasana ketika pertandingan berlangsung.

Gambar 2: Sesi penilaian peserta sedang berlangsung.

Gambar 3: Penyampaian hadiah kepada pemenang tempat pertama Emcee Challenge 3.0.

Gambar 4: Sesi bergambar bersama para juri, ahli jawatankuasa (AJK) dan peserta Emcee Challenge 3.0.
Gambar 5: Penyampaian cenderamata kepada juri jemputan.
Date of Input: 29/01/2025 | Updated: 29/01/2025 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR