Organisasi Kolej Sepuluh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pentadbiran Kolej dan Pembangunan Pelajar. Pengetua merupakan pegawai eksekutif universiti yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal kolej. Pentadbiran kolej berfungsi dalam menguruskan prasarana dan logistik kolej seperti penyerahan bilik, penyenggaraan kerosakan, fasiliti, surat menyurat dan rekod pelajar.
Bahagian pembangunan Pelajar pula terdiri daripada Felo dan Majlis Perwakilan Kolej (MPK). Kolej Sepuluh mempunyai 13 staf dan 9 felo yang menyokong perancangan kolej dalam menyediakan penginapan yang selesa, persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar bagi melahirkan pelajar dan pemimpin yang berpersonaliti unggul.