Alumni Talk 2017 | TENTH COLLEGE
» NEWS » Alumni Talk 2017

Alumni Talk 2017

 

Majlis ini mendapat sambutan yang meriah daripada golongan pelajar dan juga barisan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Sepuluh sesi 2017/2018. Majlis ini dimulakan dengan Alumni Talk Series: Career Aspiration 2017 yang dibarisi 3 orang panel alumni Fakulti Kejuruteraan dan seorang moderator dari kalangan pelajar. Melalui perkongsian ahli panel pada forum tersebut, pelajar telah mendapat pendedahan mengenai bidang kerjaya yang bakal mereka tempuhi di masa akan datang dan para pelajar juga mendapat galakkan daripada alumni untuk aktif dan melibatkan diri dengan segala aktiviti yang dijalankan oleh Kolej Sepuluh. Majlis bermula tepat pada waktunya dan perjalanan majlis sangat lancar. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan watikah perlantikan MTM dan diakhiri dengan bacaan ikrar daripada barisan MTM sesi 2017/2018. Akhirnya, majlis disudahi dengan nyanyian lagu We Love UPM dan Persis Perwira.

Date of Input: 12/10/2017 | Updated: 12/10/2017 | ridzuanm

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEbEA5~