FEST 10 2.0 | TENTH COLLEGE
» NEWS » FEST 10 2.0

FEST 10 2.0

 

Jemaah Pengerusi Aras telah mengadakan satu aktiviti di kolej Sepuluh dengan jayanya iaitu Program Fest 10 2.0 . Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberitahu kepada semua warga kolej Sepuluh segala aktiviti yang akan diadakan selepas cuti pertengahan semester 1 sekaligus megumpulkan semua warga kolej Sepuluh bagi bersama- sama mengeratkan lagi ukhuwah yang telah terjalin sesama mereka.

Untuk pengetahuan semua seramai 28 orang ahli jawatankuasa telah dilantik dan dikumpulkan bagi mencari idea dan memerah keringat untuk bersama- sama menjayakan program ini dengan cemerlang . Secara keseluruhannya semua ahli jawatankuasa Program Fest 10 2.0 bagi sesi 2017/2018 telah memberikan kerjasama yang cukup baik dan telah menjalankan tugas dengan jayanya . Ribuan terima kasih diucapkan.

Bermula pada jam 8.00 malam semua pelajar telah bersama-sama turun dan membanjiri dataran kolej Sepuluh bagi memeriahkan program ini . Acara dimulakan pada jam 9.00 malam dengan megalu-alukan kehadiran pengetua ,semua VIP dan barisan Majlis Tertinggi kolej Sepuluh . Semua tetamu kehormat dan para pelajar diminta berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku dan lagu Putra Gemilang. Program diteruskan dengan bacaan doa yang telah dipimpin oleh saudara Irfan dan dikuti dengan persembahan montaj tentang program yang akan berlangsung di kolej Sepuluh .

Seterusnya Pengetua kolej Sepuluh iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Azani Alias telah memberikan ucapan aluan dan seterusnya merasmikan Program Fest 10 2.0 . Kemuncak program adalah gimik perasmian yang telah dilaksanakan oleh pengetua kolej Sepuluh sendiri . Beliau diminta untuk mengetuk gong sebanyak tiga kali menandakan telah rasminya program fest 10 2.0 bagi sesi 2017/2018 .

Program pada malam tersebut diteruskan lagi dengan perjumpaan pelajar. Program dimulakan dengan penerangan tentang sistem merit di kolej Sepuluh yang telah disampaikan oleh Presidan kolej Sepuluh iaitu saudara Hazil. Beliau telah menerangkan tentang system merit di kolej Sepuluh dengan terang dan jelas. Seterusnya, saudara Azim Fiqri selaku MTM Sekretariat Sukan kolej Sepuluh telah mengambil alih majlis dengan menerangkan tentang larian merentas kampus yang wajib disertai oleh warga kolej sepuluh. Program pada malam tersebut telah diakhiri dengan pemberian buku merit kepada semua pelajar kolej sepuluh yang telah diserahkan oleh wakil aras yang telah dipertanggungjawabkan.

Secara keseluruhannya program fest 10 2.0 pada kali ini telah berlangsung dengan jayanya . Walaubagaimanapun terdapat beberapa masalah yang perlu diperbaiki pada masa akan dating . Diharapkan program fest 10 2.0 pada masa akan datang dapat dijayakn dengan lebih cemerlang dan mendapat sambutan yang lebih baik daripada semua warga kolej sepuluh . Sekian terima kasih.

 

 

 

 

Date of Input: 29/11/2017 | Updated: 29/11/2017 | ridzuanm

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEbFAg~