K10 UNITY DAY | TENTH COLLEGE
» NEWS » K10 UNITY DAY

K10 UNITY DAY

SERDANG, 14 Mei 2023 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023 telah berjaya
menganjurkan program Hari Pepaduan Keluarga Kolej Sepuluh bertempat di Dataran Kolej Sepuluh.
Program ini bermula tepat pada jam 8.30 pagi 14 Mei 2023 sehingga 4.50 petang pada hari yang sama
dengan mensasarkan penglibatan para pelajar K10. Tujuan utama penganjuran program ini adalah
untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar Kolej Sepuluh yang terdiri daripada pelbagai
bangsa. Selain itu, program ini juga dianjurkan dengan objektif untuk mewujudkan semangat
kekeluargaan sesama mereka dalam menjalani kehidupan seharian sepanjang berada di Kolej Sepuluh
ini.


Program ini telah disertai oleh 437 orang peserta terdiri daripada para pelajar Kolej Sepuluh.
Walaubagaimanapun, peserta yang berminat perlu melalui proses pendaftaran di Google Form yang
dibuka antara 27 April 2023 hingga 7 Mei 2023. Para peserta yang telah mendaftar dikehendaki untuk
mengambil kupon untuk membolehkan mereka menyertai program pada hari tersebut.
Pada pagi tanggal 14 Mei 2023, para peserta telah diingatkan untuk memakai pakaian sukan untuk
menjayakan slot pertama program iaitu bermain aktiviti sukaneka seperti Futsal pelikat, ‘Musical chair’,
Tarik upih dan Lari dalam guni. Slot ini telah berlangsung selama 3 jam bermula 9 pagi sehingga 12
tengah hari. Kemudian para peserta diberikan waktu rehat selama 2 jam. Akhir sekali, majlis penutup
telah dijalankan pada pukul 2 petang yang dihadiri oleh Pengetua Kolej Sepuluh.

(214 patah perkataan)

Date of Input: 26/06/2023 | Updated: 26/06/2023 | rahiza

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEcAAm~