Tenth College Champion Of Campus Run Man Category 2016 | TENTH COLLEGE
» NEWS » Tenth College Champion of Campus Run Man Category 2016

Tenth College Champion of Campus Run Man Category 2016

Johan Merentas Kampus kategori Lelaki 2016


Serdang- Pada 26 November 2016 bersamaan hari Sabtu yang lalu, program larian Merentas Kampus telah dijalankan disekitar kawasan Universiti Putra Malaysia. Acara larian ini melibatkan seluruh warga UPM dan penyertaan adalah wajib bagi seluruh warga Kolej Sepuluh. Bas UPM telah disediakan bermula jam 6.30 sehingga jam 7.45 pagi bagi membawa para pelajar dari setiap kolej ke Pusat Sukan kerana acara larian bermula di sana. Tepat jam 8 pagi, acara larian bermula. Larian Merentas Kampus ini terbahagi kepada dua kategori. Kategori perempuan , jarak larian sejauh 5.5KM  dan kategori lelaki iaitu 10 KM.

Tahniah di ucapkan kepada semua atlet Kolej Sepuluh kerana telah berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali ke-3 berturut-turut!

🏆🏆🏆

Kedudukan:
Johan - K10 (473 mata)
Naib johan - K13 (350++ mata)
Ketiga - K17 (254 mata)

Berikut merupakan peserta yang mendapat top 20 :-
😎 Ahmad Kamal Mukri @pimak (6)
😎 Saiful (9)
😎 Che Mohd Syafiq Che Ahmad @anus (10)
😎 Amirul Akmal (14)
😎 Sunderesan (20)

Tahniah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang membantu mempertahankan kejuaraan K10!😄

Ayuh memartabatkan kegemilangan Kolej Sepuluh

'Gemilang Antara Terbilang'
'One for all, all for one'

#goldornothing
#k10brotherhood
#gemilangantaraterbilang
#kuatkansorakanMuK10
#persisperwira
#k10aummm 
#k10 
#upm



Date of Input: | Updated: | amir_peli

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEaSAb~