WEBINAR: YOUTH INTERNATIONAL TALK | TENTH COLLEGE
» NEWS » WEBINAR: YOUTH INTERNATIONAL TALK

WEBINAR: YOUTH INTERNATIONAL TALK

YOUTUBE LIVE : K 10 UPM, 13 NOV 2020 – Pada 13 November 2020, Sekretariat Akademik telah menganjurkan satu program di atas talian iaitu Webinar: Youth International Talk. Program ini merupakan satu perkongsian daripada wakil-wakil pelajar cemerlang dari Universiti Putra Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Sabah, dah juga satu universiti luar negara iaitu, Universitas Negeri Padang. Tema webinar ini ialah “ Ketahanan Menghadapi Cabaran Masa Kini.” Rasional program ini dikhususkan untuk para pelajar seluruh Malaysia berkongsi pendapat dan pengalaman mereka kepada pelajar lain tanpa mengira asal. Selain itu, program ini turut mempromosikan UPM dan Kolej Sepuluh sebagai salah satu organasasi yang aktif dalam menganjurkan program akademik yang memberikan banyak impak positif kepada para pelajar.
Tepat jam 8 malam, program dimulakan dengan penyebaran pautan Youtube Kolej Sepuluh dan majlis tersebut didahului dengan ucapan kata alu-aluan moderator terlebih dahulu. Sewaktu webinar dijalankan, seluruh peserta memberikan kerjasama yang baik dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap slot yang disampaikan oleh wakil Universitas Negeri Padang, UMS, UPSI dan UPM. Peserta juga tidak segan untuk bertanyakan soalan sewaktu program dijalankan. Ahli jawatankuasa turut bersama-sama mendengar dan akan membantu mana-mana peserta yang bertanyakan soalan melalui sesi soal jawab bersama panel. Program ini telah berlangsung selama dua jam dan tamat pada jam 10.05 malam. Setelah bengkel selesai, penutup dan sesi penilaian program dilakukan melalui borang maklum balas Google Form oleh peserta. Semua ahli jawatankuasa bekerjasama dalam memastikan keadaan berada dalam keadaan yang aman semasa program ini dijalankan.Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat respon yang positif daripada para peserta. Laporan mendapati seramai 1674 orang pelajar telah mendaftarkan diri mereka untuk menyertai program ini. Namun begitu, jumlah tontonan webinar tersebut selepas 24 jam adalah sebanyak 11.5 ribu tontonan.
Seharusnya, program yang berimpak sebegini perlu dilakukan secara berterusan agar ianya dapat memberikan semangat dan motivasi kepada semua pelajar, termasuk pelajar bukan UPM. Semoga program seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan lebih mendapat sambutan.

Date of Input: 24/11/2020 | Updated: 24/11/2020 | rahiza

MEDIA SHARING

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEcPAO~