K10 UP SKILLS! 2.0 | TENTH COLLEGE
» ACTIVITIES » Dr. Md. Kausar Hossain

Event Title
K10 UP SKILLS! 2.0
Date
30 Mar 2024 - 20 Apr 2024
Time
01.00 - 07.30
Location
Online, Kolej Sepuluh, Faculty of Engineering UPM
Event Summary
2.0. Sekretariat Akademik (ACAEX) dan Sekretariat Alumni dan Kerjaya telah menganjurkan program julung-julung kalinya yang bakal menjadi tradisi Kolej Sepuluh yang mampu membentuk kemahiran insaniah iaitu K10 UP SKILLS! 2.0 yang merupakan program kesinambungan daripada program yang lepas. Program ini telah melibatkan seramai 238 orang yang bukan sahaja khusus kepada pelajar Kolej Sepuluh, bahkan Kolej-Kolej Kediaman UPM, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rakan kolaborasi program dan masyarakat luar yang turut bersama menimba ilmu dalam program ini. Program ini telah berlangsung secara berkala selama sebulan bermula pada 30 Mac 2024 sehingga 20 April 2024 dimana menyajikan pelbagai bengkel berilmiah seperti Expert in Mandarin Language Series, Python Starter Series dan Excel Basics Unlocked. Slot Expert in Mandarin Language Series telah dilakukan secara dalam talian pada 30 Mac 2024 (Sabtu), 31 Mac 2024 (Ahad), 6 April 2024 (Sabtu) dan 19 April 2024 (Jumaat) oleh Puan Chia Ju Chou pensyarah pelatih di Pusat Pemajuan Kompetensi Bahasa (CALC) yang kini mendapat pendidikan di Pusat Bahasa Taiwan. Dalam slot ini, peserta telah mempelajari asas kepada Bahasa Mandarin dan dinilai oleh Dr. Dong Xianling yang dijemput khas dari Chengde Medical University (CDMU). Selain itu, Python Starter Series dan Excel Basics Unlocked, slot ini dilaksanakan secara fizikal pada 20 April 2024 di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia selama satu hari bermula dari jam 8:00 pagi hingga 4:00 petang.

Updated:: 30/12/2024 [ruzaimi]

TENTH COLLEGE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
F, (07:03:54pm-07:08:54pm, 18 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]