Event Title
Serve & Care Programme
Date
25 May 2024 - 25 May 2024
Location
PERNIM Protection Center
Event Summary
Pada 25 Mei 2024, Sekretariat Sukarelawan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024 telah menganjurkan Program Serve & Care dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa (KM) UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia.
Program Serve & Care adalah program kesukarelawanan yang menyediakan khidmat mentor mentee kepada anak-anak di Keluarga Besar Norlina Alawi, juga dikenali sebagai Pusat Perlindungan PERNIM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam membantu anak-anak yatim dari segi pendidikan. Aktiviti ilmiah yang dijalankan bersama anak-anak keluarga besar ini dapat membentuk karakter warga Kolej Sepuluh untuk menjadi individu yang bersahsiah tinggi dan prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyampaian ilmu dan kemahiran komunikasi yang efektif.
Updated:: 02/01/2025 [ruzaimi]