Program Serve & Care K10 2024 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Program Serve & Care K10 2024

Program Serve & Care K10 2024

Kolej Sepuluh, UPM – Pada 25 Mei 2024, Sekretariat Sukarelawan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2023/2024 telah menganjurkan Program Serve & Care dengan kerjasama Kesatuan Mahasiswa (KM) UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia.

Program Serve & Care adalah program kesukarelawanan yang menyediakan khidmat mentor mentee kepada anak-anak di Keluarga Besar Norlina Alawi, juga dikenali sebagai Pusat Perlindungan PERNIM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dalam membantu anak-anak yatim dari segi pendidikan. Aktiviti ilmiah yang dijalankan bersama anak-anak keluarga besar ini dapat membentuk karakter warga Kolej Sepuluh untuk menjadi individu yang bersahsiah tinggi dan prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyampaian ilmu dan kemahiran komunikasi yang efektif.

Penganjuran program ini melibatkan pengajaran Bahasa Inggeris dan Matematik kepada anak-anak dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah rendah, dan sekolah menengah atas bagi membantu meningkatkan prestasi akademik mereka.Modul pembelajaran disediakan oleh para fasilitator mengikut kepada kurikulum terkini bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.. Program ini merangkumi aktiviti-aktiviti interaktif yang dirancang untuk merangsang minat dan motivasi anak-anak dalam bidang akademik. Melalui pendekatan ini, diharapkan anak-anak dapat mencapai potensi penuh mereka dalam pelajaran. Selain daripada itu juga, melalui program ini juga para fasilitator turut berkongsi tips dan persediaan kepada adik-adik lepasan SPM untuk bersedia menjadi seorang mahasiswa.

Gambar 1: Sesi pengajaran dan pembelajaran kepada adik-adik mengikut kepada beberapa peringkat iaitu sekolah rendah (Tahap 1, Tahap 2), sekolah menengah (Menengah Rendah dan Menengah Atas).

Gambar 2: Perkongsian sumbangan alat tulis kepada adik-adik di Rumah Norlina Alawi.

 

Gambar 3: Sesi perkongsian daripada adik-adik lepasan SPM bersama dengan para fasilitator untuk melangkah masuk ke alam universiti.

  Gambar 4: Gambar kenangan AJK Program bersama anak-anak Keluarga Besar Norlina Alawi.

 

Tarikh Input: 25/06/2024 | Kemaskini: 25/06/2024 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
W, (05:31:49am-05:36:49am, 15 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]