DIGITASI, DIGITALISASI DAN TRANSFORMASI DIGITAL: Apakah Perbezaanya? | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » DIGITASI, DIGITALISASI DAN TRANSFORMASI DIGITAL: Apakah Perbezaanya?

DIGITASI, DIGITALISASI DAN TRANSFORMASI DIGITAL: Apakah Perbezaanya?

DIGITASI, DIGITALISASI DAN TRANSFORMASI DIGITAL: Apakah Perbezaanya?

 Sudahkah anda tahu perbezaan antara digitasi, digitalisasi dan transformasi digital? Ramai di antara masyarakat kita yang masih menganggap ketiga-tiga istilah tersebut walhal istilah-istilah tersebut mempunyai maksud yang berlainan. Di artikel ini, anda akan didedahkan mengenai perbezaan digitasi, digitalisasi dan transformasj digital dengan penjelasan yang padat dan mudah difahami. 

  

Apa itu digitasi?

  Digitasi adalah proses mengubah sesuatu yang berbentuk bukan digital kepada digital. Contohnya, apabila menukarkan dokumen kertas dan menyimpannya dalam data komputer sebagai dokumen digital. Selain itu, kertas sering digunakan untuk mencatat dan melihat data namun ekoran peralihan zaman yang semakin maju, data tersebut lebih selamat disimpan di Spreadsheet Excel. 

Apa itu digitalisasi?

 Digitalisasi adalah proses membuat atau memperbaiki proses perniagaan dengan menggunakan teknokogi dan data digital. Istilah ini mengacu pada penggunaan teknologi dan data digital bagi membaikpulih sektor perniagaan, pendapatan dan menciptakan budaya digital. Dalam praktiknya, data digital dijadikan sebagai pemangkin utama untuk seluruh proses tersebut. Pencapaian tahap digitalisasi ini dapat mengubah proses perniagaan menjadi lebih efisien, produktif dan menguntungkan.

Apa itu transformasi digital?

  Transformasi digital adalah proses transformasi aktiviti, proses dan model perniagaan secara keselutuhan denganemanfaatkan perkembangan teknologi. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan risiko dan meluaskan peluang perniagaan yang baru. Contohnya, penggunaan aplikasi atau sistem untuk manganalisis data. Tujuannya adalah untuk mendapatkan insight baru yang berguna untuk peningkatan produk dan strategi layanan pelanggan.

Proses ini tidak memerlukan interaksi yang banyak sesama manusia kerana semuanya dilakukan secara automatik oleh sistem. Hasilnya, peningkatan kecekapan dalam proses dan masa sekaligus dapat meningkatkan hasil penjualan.

 

 Jadi, apa perbezaan antara digitasi, digitalisasi dan transfomasi digital?

 Digitasi dan digitalisasi adalah tahap atau sebahagian daripada proses menuju transformasi digital. Transformasi digital merangkumj seluruh aspek dalam perniagaan dan penerapannya bukan sekadar memanfaatkan teknologi. Sumber daya manusia, teknologi dan strategi perniagaan saling bersaing untukenghasilkan perniagaan yang lebih baik. Hasil daripada proses digitasi dan digitalisasi dikenali sebagai transformasi digital.

Maka, dapat disimpulkan bahawa transformasi digital yang berjaya memerlukan tahap digitasi dan digitalisasi yang berjaya juga supaya dapat mencapai tujuan sesuatu perniagaan tersebut.

 

Tarikh Input: 25/05/2021 | Kemaskini: 25/05/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXFXKAC~