FASILITATOR KEM KEPIMPINAN ORGANISASI UPM 2024 | KOLEJ SEPULUH k10
» ARTIKEL » FASILITATOR KEM KEPIMPINAN ORGANISASI UPM 2024

FASILITATOR KEM KEPIMPINAN ORGANISASI UPM 2024

Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka, 28 Ogos 2024 - Kem Pemantapan Organisasi (KPO Mega 2024) merupakan siri aktiviti indoor dan outdoor yang menekankan pembangunan kemahiran kepimpinan dan kerjasama kumpulan telah dianjurkan di Kem Permata Resort, Alor Gajah. Program ini menarik minat para peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk meningkatkan keupayaan diri dalam situasi organisasi dan ketahanan fizikal.

Aktiviti Indoor: Antara aktiviti indoor yang dijalankan ialah Latihan Pengurusan Konflik, di mana simulasi situasi konflik dalam organisasi dilaksanakan untuk melatih peserta menangani cabaran tersebut dengan berkesan. Selain itu, Bengkel Kepimpinan dan Komunikasi turut diadakan, memberi peluang kepada peserta untuk melatih kemahiran komunikasi dan kepimpinan secara interaktif dalam kumpulan.

Sesi Perancangan Strategik WORLD CAFE TRUE NORTH menjadi platform untuk perbincangan strategi organisasi dan keputusan kolektif. Tidak kurang menariknya, aktiviti Permainan Batu Terapung turut dijalankan, yang menggalakkan interaksi kreatif peserta untuk menjadikan batu terapung menggunakan peralatan yang disediakan.

Aktiviti Outdoor: Di luar bilik latihan, para peserta disajikan dengan cabaran fizikal melalui Larian Berhalangan, di mana mereka diuji dalam hal kerjasama dan ketahanan dalam kumpulan. Aktiviti Eksplorasi Alam juga dijalankan bagi meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar, di samping memperkukuh kemahiran kepimpinan dalam kalangan peserta.

Program ini berjaya mencapai objektif dalam memupuk kemahiran kepimpinan, komunikasi, serta daya tahan fizikal dan mental para peserta.

  • Kem Pemantapan Organisasi (KPO Mega 2024) telah diadakan di UPM Serdang dan Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka, bermula 28 Ogos hingga 3 September 2024.
  • Kem ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan melibatkan latihan kepimpinan, pengurusan organisasi, serta pemantapan kerjasama dalam kalangan pelajar.
  • Peserta terdiri daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej, Majlis Perwakilan Fakulti, Persatuan-persatuan, dan Kelab-kelab pelajar UPM.
  • Objektif utama kem ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pengurusan organisasi serta membina semangat berpasukan di kalangan peserta.

Disediakan Oleh: Ts. Saiful Ramadzan Hairani

Tarikh Input: 13/09/2024 | Kemaskini: 15/04/2026 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
X, (12:04:15am-12:09:15am, 22 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]