Pemeriksaan Kesihatan Proaktif | KOLEJ SEPULUH
» ARTIKEL » Pemeriksaan Kesihatan Proaktif

Pemeriksaan Kesihatan Proaktif

Oleh: Muhammad Firdaus bin Azhar

Pada 27 dan 28 November 2023 (Isnin dan Selasa), Sekretariat Sukarelawan Kolej Sepuluh (K10Care) telah menganjurkan program Pemeriksaan Kesihatan Proaktif dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UPM, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Kesatuan Mahasiswa (KM) dan Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Program ini bertujuan untuk membantu mahasiswa dan orang awam mengetahui keadaan kesihatan semasa mereka sekali gus membantu dalam pengesanan awal berkenaan penyakit yang dihadapi. Program ini juga diadakan bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa dan orang awam mengenai kepentingan kesihatan serta cara-cara untuk memupuk amalan gaya hidup sihat.


Program ini bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga 4:00 petang pada 27 & 28 November 2023 (Isnin dan Selasa) yang dijalankan di Perkarangan Canselori Putra, Universiti Putra Malaysia. Seramai 450 orang mahasiswa telah mengikuti program ini bersama-sama orang awam yang menetap di sekitar kawasan universiti dan keluarga graduan. Program dijalankan dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan seperti ukur tinggi dan berat badan, Body Mass Index (BMI), ujian tekanan darah, ujian gula dan kaunseling. Sewaktu program dijalankan, semua mahasiswa dan pengunjung yang terlibat telah memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.


Melalui pengisian program ini, ia dapat memperkasakan kebolehan mahasiswa dan pengunjung untuk mempunyai rasa tanggungjawab terhadap orang sekeliling di samping mendidik masyarakat memegang kepada prinsip prihatan dan ingin melahirkan komuniti yang sentiasa peka dengan kesihatan diri.

Gambar 1: Pengunjung membuat pemeriksaan tekanan darah

Gambar 2: Mahasiswa memeriahkan meja pendaftaran program


Gambar 3: Mahasiswa membuat ujian pemeriksaan tekanan darah

Gambar 4: Mahasiswa membuat ujian pemeriksaan tekanan darah

Gambar 5: Ukur berat dan tinggi

 

Tarikh Input: 01/07/2024 | Kemaskini: 01/07/2024 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
F, (06:03:12am-06:08:12am, 14 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]