12 PELAJAR KOLEJ SEPULUH HADIR MAJLIS ANAK SARAWAK UPM | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » 12 PELAJAR KOLEJ SEPULUH HADIR MAJLIS ANAK SARAWAK UPM

12 PELAJAR KOLEJ SEPULUH HADIR MAJLIS ANAK SARAWAK UPM

 

SERDANG, 1 Okt- Persatuan Kebajikan Anak Sarawak (PERKASA) telah mengadakan perjumpaan buat kali pertama untuk sesi 2019/2020 bersama pelajar baharu khususnya. Perjumpaan yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2019 bertempat di Kompleks Akademik A UPM, telah dihadiri oleh lebih 70 orang termasuk 12 orang pelajar dari Kolej Sepuluh. Sepanjang perjumpaan tersebut, pelajar baharu didedahkan mengenai aktiviti–aktiviti yang akan dilaksanakan seperti Lan Berambeh 2019 yang akan diadakan di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2019 yang akan datang. 12 orang pelajar baharu dari Kolej Sepuluh juga akan menyertai aktiviti tersebut. Perjumpaan kali pertama tersebut turut dihadiri oleh Dr. Razak yang juga merupakan pensyarah penasihat PERKASA UPM.

Selain itu, para pelajar juga diperkenalkan dengan ahli jawatankuasa PERKASA yang diketuai oleh Cik Alice Mintong selaku pengerusi PERKASA UPM. Melalui perjumpaan ini, pencapaian anak-anak Sarawak dapat dihebahkan kepada pelajar baharu seperti mendapat tempat kedua dalam pertandingan Suara Gema Borneo, dan juga pencapaian lain kumpulan Tirindak Bidotin selaku kumpulan yang mewakili PERKASA.

Menurut Dr. Razak selaku pensyarah penasihat PERKASA UPM, beliau menggalakkan semua anak Sarawak untuk mengaktifkan diri dalam menyertai aktiviti PERKASA bagi menaikkan lagi nama persatuan.

Berita Oleh: Ellysa Addeline Nasoh

Gambar: Instagram Perkasasarawakupm

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAa~