PENJURIAN BAGI PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2025/2026 | KOLEJ SEPULUH k10
» BERITA » PENJURIAN BAGI PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2025/2026

PENJURIAN BAGI PERTANDINGAN SUDUT BACAAN READ@UNI UPM 2025/2026

Oleh : Muhammad Darwisy Mahamad Mahazan

Disunting oleh : Nor Aziatul Azidah Azhari

 

Serdang, 29 Julai 2026 – Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya melalui sesi penjurian bagi Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni UPM yang telah dikendalikan oleh Puan Najah Mohd Ali dan Encik Khairil Ridzuan Khahirullah daripada Perpustakaan Sultan Abdul Samad (PSAS) 

Pertandingan ini diadakan sebagai satu inisiatif Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan semua warga universiti. Selain daripada itu, pertandingan ini juga membantu dalam mewujudkan satu pusat penyebaran ilmu di universiti melalui aktiviti yang kreatif dan inovatif. Akhir sekali, pertandingan ini menggalakkan budaya Kolej Sepuluh dalam menjalinkan hubungan dengan semua komuniti di dalam mahupun luar universiti. 

Semoga pelaksanaan sudut bacaan ini menjadi pemangkin kepada semua warga Kolej 10 untuk meningkatkan amalan membaca di dalam diri masing-masing supaya menjadi asbab dalam mencapai kejayaan pada suatu masa nanti.

 

Gambar 1: Pihak pengurusan Kolej Sepuluh bersama juri pertandingan

Tarikh Input: 13/08/2026 | Kemaskini: 13/08/2026 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
X, (05:22:36am-05:27:36am, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]