A Break From Polystyrene | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » A Break From Polystyrene

A Break From Polystyrene

Kolej Sepuluh, UPM, 14 Jun 2021 – Pada 12 dan 13 Jun 2021, Sekretariat Alam Sekitar telah  menganjurkan sebuah program yang bernama A Break From Polystyrene. A Break From Polystyrene ini merupakan sebuah program dimana para pelajar diminta untuk membawa bekas makanan sendiri dan tidak menggunakan polisterin yang telah disediakan untuk membeli makanan di Kolej Sepuluh. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar serta mengetahui perkara-perkara yang boleh mencemarkan keindahan alam sekitar. Selain itu, program ini juga diharapkan agar dapat melahirkan masyarakat yang mementingkan penjagaan alam sekitar bermula dengan amalanpengurangan penggunaan polisterin.Program ini berjaya mendapatkan sambutan yang hangat di kalangan para pelajar Kolej 10 UPM. Setiap pelajar yang membawa bekas makanan sendiri untuk membeli makanan di kafe Kolej 10 akan mendapat merit melalui kaunter pendaftaran. Pelajar hanya perlu menunjukkan bekas yang di bawa, lalu AJK pendaftaran akan membenarkan pelajar tersebut membuat imbasan kod Qr untuk mendaftar di pautan tersebut bagi tujuan tuntutan merit.Program ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat respon yang positif daripada para pelajar. Sesetengah daripada mereka juga turut meminta agar program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Kesimpulannya, objektif program ini telah dijalankan dengan jayanya kepada para pelajar Kolej 10 dan program ini juga diharapkan dapat menerapkan sifat cinta terhadap alam sekitar dengan tidak mencemarkanya.

 

Tarikh Input: 22/06/2021 | Kemaskini: 02/07/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAY~