Academic Workshop 2019: How To Write CV? | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Academic Workshop 2019: How To Write CV?

Academic Workshop 2019: How To Write CV?

UPM, 14 Disember 2019 – Program Academic Workshop 2019 : How To Write CV? telah diadakan di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan. Program anjuran Sekretariat Akademik ini telah melibat 11 orang ahli jawatankuasa. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan pendaftaran peserta serta minum pagi.  Seramai 68 pelajar telah mendaftar akan tetapi hanya seramai 62 pelajar yang menghadirkan diri ke program tersebut termasuk AJK program. Bayaran sebanyak RM8.00 dikenakan kepada setiap peserta yang hadir. Bayaran tersebut termasuklah minum pagi, makan tengahari dan alatan tulis termasuk fail, kertas dan sebatang pen. Penceramah jemputan, Encik Ahmad Qadri bin Basri tiba ke Fakulti Kejuruteraan kira-kira dalam 8.45 pagi dan bersarapan sebelum memulakan sesi perkongsian beliau. Semasa sesi perkongsian, Encik Qadri telah menerangkan beberapa tips asas untuk mecorakkan Curriculum Vitae kepada para peserta mengikut perspektif majikan yang professional. Antaranya ialah objektif dan matlamat diri, bentuk dan corak CV, serta sususan jawatan dan pengalaman. Sesi perkongsian tersebut tamat kira-kira dalam jam 12.00 tengahari. Felo Penasihat, Encik Sapari bin Mat dan Pegawai Pemantau, Cik Suriana binti Zakaria hadir dalam sesi pemberian cenderamata kepada Encik Qadri. Cenderamata yang diberikan adalah senaskah buku dan sejumlah wang tunai. Majlis bersurai kira-kira dalam jam 12.30 tengahari selepas makan tengahari. Merit fakulti diedarkan kepada setiap pelajar yang hadir sebelum meninggalkan Dewan Seminar.

Website dan Berita Oleh: Putri Nuzul Hidayah binti Mohd Rijimi

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAz~