ACAEX EDUCARE WEEK | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » ACAEX EDUCARE WEEK

ACAEX EDUCARE WEEK

KOLEJ SEPULUH, 18 JUN 2022 - Sekretariat Akademik, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sepuluh Sesi 2021/2022, Universiti Putra Malaysia, 10-18 Jun 2022 - Pada 10-18 Jun 2022, Sekretariat Akademik Kolej Sepuluh telah menganjurkan program ACAEX EDUCARE WEEK dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Putra Malaysia. Program ini bertujuan untuk menambah dan menguji ilmu pengetahuan para pelajar seiring dengan perkembangan dunia semasa serta berperanan sebagai salah satu medium yang mendedahkan para pelajar dengan pelbagai ilmu. Semasa program dijalankan, semua ahli jawatankuasa program telah berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp dan mengadakan beberapa perjumpaan secara fizikal bagi melakukan persediaan awal sebelum program bermula. Seramai 1805 pelajar UPM telah menyertai program ini. Terdapat lima pengisian program yang diadakan dalam Acaex Educare Week ini. Pengisian pertama program ini merupakan satu inisiatif kepada pelajar untuk mencungkil bakat dan kebolehan berbahasa asing terutamanya dalam Bahasa Jepun dan akan berlangsung secara dua sesi pada 10 dan 11 Jun. Pengisian kedua program ini adalah Hype Knowledge iaitu pertandingan kuiz Matematik, Sains dan Pengetahuan Am yang diadakan menggunakan aplikasi Quizizz pada 12 Jun. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir dan mempunyai sikap ingin tahu serta peka dengan isu-isu semasa dalam kalangan pelajar dan para pemenang kuiz ini juga telah diberikan hadiah wang tunai. Seterusnya, pengisian ketiga program adalah 1 Hari Bahasa Isyarat dengan kerjasama dengan pihak Persekutuan Orang Pekak Malaysia telah diadakan pada 17 Jun. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menekankan kepentingan bahasa isyarat dalam kalangan pelajar apabila berada dalam keadaan kecemasan dan memudahkan komunikasi dengan Orang Kelainan Upaya (OKU). Di samping itu, pengisian keempat program ini akan berlangsung sepanjang dua minggu iaitu One Minute Challenge Communicate Sign Language sepanjang 10-18 Jun. Aktiviti ini bertujuan memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari. Pengisian terakhir program ini adalah 1 Book 1 Merit yang menggalakkan para pelajar menyumbangkan buku- buku yang tidak digunakan supaya dapat digunakan oleh pelajar lain yang lebih memerlukan. Program ini telah dijalankan pada 18 Jun. Sewaktu semua program dijalankan, semua peserta telah memberikan kerjasama yang baik dengan menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah. Peserta juga tidak segan untuk bertanyakan soalan sewaktu program dijalankan. Pelajar UPM mendapati bahawa program ini sungguh informatif dan mudah dipraktikkan. Setelah program selesai, sesi fotografi telah dijalankan bersama penceramah dan juga peserta dan kuiz dalam talian telah dijalankan bagi menilai tahap pemahaman mereka terhadap ilmu dan pendedahan yang diberikan. Akhir kata, program-program ini telah dijalankan dengan jayanya dan maklum balas positif daripada peserta telah diperolehi.

Tarikh Input: 26/06/2022 | Kemaskini: 26/06/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAu~