AKTIVITI GOTONG-ROYONG KOLEJ SEPULUH | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » AKTIVITI GOTONG-ROYONG KOLEJ SEPULUH

AKTIVITI GOTONG-ROYONG KOLEJ SEPULUH

 

SERDANG, 6 Sept- Sebuah aktiviti gotong-royong telah dijalankan di sekitar kawasan Kolej Sepuluh bermula jam 8 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari. Aktiviti ini telah dijalankan oleh kesemua pelajar tahun satu ambilan pertama Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia serta turut dibantu oleh fasilitator dan pihak pengurusan Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia.

Pelajar telah dibahagikan mengikut aras masing-masing dan setiap aras perlu menjalankan kerja gotong-royong di kawasan sekitar yang telah ditetapkan. Pelajar juga turut diberikan tugasan untuk membersihkan kawasan didalam Dewan Hibiscus yang terletak di Blok Lelaki Aktiviti gotong-royong ini telah sedikit sebanyak membantu meningkatkan kebersihan dan keceriaan di kawasan sekitar Kolej Sepuluh disamping merapatkan ukhwah dalam kalangan pelajar dan juga staf pengurusan kolej.

 

Berita Oleh: Wan Muhamad Baqir Mahdi

Gambar: Instagram Kolej Sepuluh

Tarikh Input: 06/10/2019 | Kemaskini: 13/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAG~