Alumni & Career Virtual Expo | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Alumni & Career Virtual Expo

Alumni & Career Virtual Expo

YOUTUBE LIVE, SALURAN K10 UPM, 5 JUN 2021 – Sekretariat Alumni dan Kerjaya Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) UPM, Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM, Pusat Perhubungan Alumni (ARC) UPM, serta Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia – Cawangan Pelajar (MSAE-SC) UPM telah menganjurkan program Alumni & Virtual Career Expo (ACE) bermula pada 21 Mei 2021 hingga 5 Jun 2021 yang lalu. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar berkaitan dengan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi di alam pekerjaan, melatih pelajar dalam penulisan resume dan memberi peluang kepada mereka untuk menghasilkan resume atau kurrikulum vitea (CV) yang kreatif. Program ini terbahagi kepada tiga subprogram iaitu Creative Resume Contest, Professional CV & Resume Writing Workshop dan K10Alumni @ Distant Sharing 2.0 “Route After Your 1st Degree”.Subprogram pertama iaitu Creative Resume Contest telah berlangsung bermula pada 21 Mei 2021 bertempat di aplikasi Instagram “@alumni_k10upm”. Para pelajar diberi tempoh selama dua minggu, bermula pada 21 Mei 2021 sehingga 3 Jun 2021 untuk menghantar penyertaan melalui Google Form pendaftaran. Terdapat 125 penyertaan daripada pelajar UPM dan majoritinya adalah pelajar Kolej Sepuluh. Kesemua resume ini telah dinilai oleh juri daripada syarikat Engage People, Media 3 U Ventures dan Pusat Pembangunan Keusahawanan & Kebolehpasaran Graduan (CEM) UPM selama 2 hari. Hasil penilai oleh para juri, peserta dari Kolej Sepuluh sendiri bernama Mohd Fazli bin Abd Rashid telah dinobatkan sebagai Johan dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100. Manakala, Naib Johan dan tempat Ketiga pula adalah Krishan Arpidani bin Muhammad Danial Phillip dan Ahmad Kamarul Azhar bin Abdul Rahman. Tidak lupa juga, terdapat 4 orang pemenang saguhati iaitu Nabil Iman Bin Muzaffar, Muhammad Danial Syazani Bin Muhammed Syamsulbahrin, Nor Syamimi Amalina Robane dan Sumathi A/P Ilamaran. Seterusnya, subprogram kedua adalah Professional CV & Resume Writing Workshop yang telah berlangsung pada 23 Mei 2021 melalui Youtube Live, saluran K10 UPM. Bengkel ini adalah satu inisiatif yang penting bagi memberi pengenalan kepada para peserta berkaitan dokumen-dokmunen yang cukup penting dalam job-hunting ataupun pencarian tempat untuk menjalani latihan industri (LI) kelak. Oleh itu, seorang penceramah dan pelatih kerjaya bertauliah iaitu Encik Gerald Lee (pengasas Touching Hearts, Bridging Minds) telah dijemput untuk berkongsikan kaedah penulisan resume dan CV yang berkualiti dan professional. Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai persoalan telah dilontarkan dan dijawab dengan cukup jelas oleh penceramah jemputan. K10Alumni @ Distant Sharing 2.0 “Route After Your 1st Degree” pula adalah subprogram ketiga yang telah berlangsung pada 4 Jun 2021 di Youtube Live, saluran K10 UPM. Program ini berbentuk perkongsian pengalaman dan nasihat berkaitan hala tuju kerjaya oleh alumni Kolej Sepuluh. Dua orang panel jemputan yang juga merupakan alumni kolej adalah Ir. Sharmendra Kumar Krishnan (Ketua Jabatan Lebuhraya di K.L. Consult Associates Sdn. Bhd.) dan juga LAr. Wan Fakaruddin Wan Ab. Aziz (Arkitek Landskap di Jabatan Landskap Negara) telah hadir dan berkongsi pengalaman serta idea terhadap hala tuju graduan khususnya dalam bidang kejuruteraan dan sains seni bina. Secara keseluruhannya, sejumlah 1626 orang peserta dan penonton telah melibatkan diri dalam program ACE ini. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada penganjur bersama, para juri, para panel jemputan serta ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan menyasarkan objektif yang lebih berimpak tinggi demi kebaikan pelajar Kolej Sepuluh UPM.

 

(553 patah perkataan)

 

 

 

 

Tarikh Input: 05/07/2021 | Kemaskini: 05/07/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAZ~