AQUAREHAB FOR ORANG ASLI | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » AQUAREHAB FOR ORANG ASLI

AQUAREHAB FOR ORANG ASLI

PAHANG, 11 Mac – Seramai 47 orang peserta dari Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia telah melibatkan diri dalam Program Aquarehab for Orang Asli yang diadakan di Kampung Gumum, Tasik Chini. Terdapat pelbagai jenis aktiviti telah diadakan antaranya ialah pemeriksaan kesihatan secara percuma, proses pemasangan paip, gotong-royong serta aktiviti kemasyarakatan. Program ini merupakan salah satu program yang telah lama tidak diadakan berikutan negara diserang wabak penyakit Covid-19. Menurut pengarah program, program ini merupakan salah satu program yang besar untuk dianjurkan kerana melibatkan banyak pihak serta memakan kos yang agak tinggi. Walaubagaimanapun, berkat usaha pasukan program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Selain itu, penduduk Kampung Gumum juga menyatakan bahawa mereka telah lama tidak menerima kunjungan daripada pelajarpelajar untuk membuat program di kampung mereka. Antara tumpuan yang diberikan dalam program ini adalah untuk memupuk semangat kemasyarakatan antara pelajar itu sendiri dengan masyarakat dan disamping memperkuatkan lagi semangat kesukarelawan dalam diri pelajar Universiti Putra Malaysia. Pelajar bukan sahaja dapat berkongsi dan mempraktikan ilmu yang diperolehi semasa di universiti tetapi dapat mencari akal dalam memajukan lagi kawasan perkampungan bukan bertujuan untuk merosakkan tradisi tetapi mengubah sedikit kepada moden berkonsepkan tradisi. (184 patah perkataan)

Tarikh Input: 22/03/2023 | Kemaskini: 22/03/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAv~