BATTLE FOR THE THRONE: SEDBA MLBB TOURNAMENT MERIAHKAN KOLEJ SEPULUH | KOLEJ SEPULUH 127
» BERITA » BATTLE FOR THE THRONE: SEDBA MLBB TOURNAMENT MERIAHKAN KOLEJ SEPULUH

BATTLE FOR THE THRONE: SEDBA MLBB TOURNAMENT MERIAHKAN KOLEJ SEPULUH

Serdang, 26 April 2026 – Program Battle For The Throne: SEDBA MLBB Tournament telah berlangsung dengan jayanya pada 25 dan 26 April 2026 di Gelanggang Futsal, Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Kediaman dan Kebajikan (SEDBA), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2025/2026 dengan kerjasama Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Kesatuan Mahasiswa (KM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM serta Maxis Broadband Sdn. Bhd.

 

Pertandingan e-sukan berasaskan permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 20 pasukan yang melibatkan seramai 117 peserta terdiri daripada pelajar UPM dan komuniti luar. Program tersebut turut menerima sambutan yang memberangsangkan dengan kehadiran seramai 518 penonton sepanjang dua hari penganjurannya. Wang tunai berbentuk cek cura diberikan kepada para pemenang tempat ketiga RM400.00, tempat kedua RM600.00 dan tempat pertama RM800.00. Hadiah wang tunai ditaja oleh Maxis Broadband Sdn. Bhd.

 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi memeriahkan program, termasuk gerai jualan seperti makanan, minuman dan reruai Maxis yang menawarkan kad SIM percuma kepada pengunjung. Kehadiran pengulas jemputan, Encik Ammar Qayyim (Mars), turut menambahkan keterujaan penonton menerusi ulasan yang profesional dan bertenaga sepanjang pertandingan berlangsung.

 

Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam bidang e-sukan, malah berjaya memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan dalam kalangan peserta. Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat terus menyokong pembangunan bakat belia serta meningkatkan minat masyarakat terhadap industri e-sukan yang semakin berkembang di Malaysia.

 

Gambar 1: Perlawanan peringkat kumpulan pada hari pertama.

 

Gambar 2: Encik Ammar (Mars) sedang mengulas bersama salah seorang pelajar Kolej Sepuluh untuk menaikkan suasana semasa perlawanan sedang dijalankan.

 

 

Gambar 3: Perlawanan peringkat akhir sedang berlangsung dan para pemain berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih gelaran juara.

 

 

Gambar 4: Sesi fotografi para pemenang, AJK pelaksana program dan pengulas jemputan.

 

Gambar 5: Pembukaan reruai dari penaja utama iaitu Maxis Broadband Sdn. Bhd. dengan memberi kad SIM secara percuma kepada peserta dan penonton yang hadir.

Tarikh Input: 10/07/2026 | Kemaskini: 11/07/2026 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
X, (03:36:47am-03:41:47am, 31 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]