BAZAAR PUTRA SOUQ UPM | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » BAZAAR PUTRA SOUQ UPM

BAZAAR PUTRA SOUQ UPM

SERDANG, 7 Sept- Sempena minggu orientasi pelajar baharu 19/20, Putra Souq telah mengambil
kesempatan untuk mempromosikan kelab – kelab yang terdapat di Universiti Putra Malaysia (UPM)
bagi memberi peluang kepada pelajar untuk memilih kelab dan persatuan yang mereka minati
sepanjang bergelar pelajar di UPM. Lebih daripada 60 kelab dan persatuan dibawah Bahagian Hal
Ehwal Pelajar UPM telah berjaya datang bagi melengkapkan suasana. Program ini telah berlangsung
di Bukit Eskpo, UPM.
Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang Putra Souq ialah persembahan daripada pasukan
PALAPES, Zumba daripada kumpulan Adimastuli, Pameran persatuan unit beruniform dan tidak lupa
bazaar jualan.
Diharap program Putra Souq seperti ini dapat memberi sedikit sebanyak membantu pelajar dalam
mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran insaniah didalam diri mereka sepanjang bergelar
pelajar UPM.
Berita oleh: Nicholas
Gambar oleh: Nicholas

Tarikh Input: 12/10/2019 | Kemaskini: 12/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNA2~