Bazaar Sekretariat | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Bazaar Sekretariat

Bazaar Sekretariat

Kolej Sepuluh, 19 September – Jemaah Pengerusi Aras, Kolej Sepuluh telah menganjurkan Bazar Sekretariat di Dewan Sri Budiman, Kolej Sepuluh yang bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar Kolej Sepuluh mendaftar sebagai ahli sekretariat dan kelab yang sah mengikut pilihan masing-masing. Bukan itu sahaja, aktiviti Merit Hunter juga diadakan bagi memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengumpul merit kolej melalui permainan yang disediakan di setiap kaunter pendaftaran sekretariat pada hari tersebut.

Program ini bermula pada pukul 8.00 malam dengan taklimat ringkas daripada setiap sekretariat dan kelab oleh ahli Majlis Perwakilan Kolej (MPK) sekretariat masing-masing sekaligus membolehkan pelajar tahu secara lebih mendalam tentang sekretariat dan kelab yang ada di kolej mereka sebelum mereka mula mendaftar. Pelajar juga dimaklumkan untuk mendaftar 3 sekretariat secara maksimum dan tiada had bagi kelab. 

Program ini diteruskan dengan sesi pendaftaran ahli sekretariat dan kelab menggunakan sistem ‘QR Code’ bagi memudahkan dan mempercepatkan sesi pendaftaran. Sepanjang sesi pendaftaran ini berlangsung, sesi promosi juga diadakan oleh ahli MPK bagi setiap sekretariat bagi menarik lebih ramai pelajar untuk mendaftar di kaunter sekretariat mereka.

Antara permainan yang diadakan dalam aktiviti Merit Hunter ialah permainan bola keranjang mini, imbangan bola ping-pong, dan dodgeball. Aktiviti ini sesungguhnya telah menambah elemen hiburan di samping mereka beratur untuk sesi pendaftaran.

Bazar Sekretariat ini dengan jayanya telah disertai oleh 988 orang daripada kedua-dua Blok Lelaki dan Blok Perempuan dari Kolej Sepuluh dan berakhir pada pukul 10.30 malam.

Berita dan Website Oleh:

Nur Ain Fitriah binti Zamrisham (194836)

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAD~