Bazaar Sekretariat Kolej Sepuluh | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Bazaar Sekretariat Kolej Sepuluh

Bazaar Sekretariat Kolej Sepuluh

KOLEJ SEPULUH, UPM, 25 Nov 2021-  – Pada 13 dan 14 November 2021, Jemaah Pengerusi Aras telah menganjurkan sebuah program iaitu Bazar Sekretariat Kolej Sepuluh, yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan sekretariat dalam Kolej Sepuluh dan seterusnya membuka pendaftaran ahli sekretariat kepada pelajar Kolej Sepuluh. Program ini secara tidak langsung akan mendorong pelajar Kolej Sepuluh untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kolej Sepuluh. Selain Itu, program ini dapat memupuk semangat jati diri dan sifat kepimpinan dalam diri mereka. Notis mengenai program ini telah dihebahkan 1 hari lebih awal agar setiap pelajar Kolej Sepuluh peka dan sedia maklum mengenai pelaksanaan Bazar Sekretariat ini. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar diminta untuk menonton video promosi setiap sekretariat secara dalam talian di saluran YouTube Kolej Sepuluh. Tepat jam 10 pagi, pautan Linktree untuk pendaftaran sekretariat yang dijadualkan pada hari Sabtu, 13 November 2021 telah dihebahkan oleh Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook. Sepanjang program ini dijalankan, semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Sebarang pertanyaan yang timbul akan terus mereka tanyakan kepada Majlis Perwakilan Kolej (MPK) yang bertanggungjawab. Pada 13 November 2021, program ini berlangsung selama 12 jam, dari 9  pagi hingga 9 malam. Keesokan harinya iaitu 14 November 2021, program ini berlangsung selama 14 jam, yang bermula pada 9 pagi dan berhenti pada jam 11 malam. Selepas program ini tamat, setiap sekretariat diminta untuk mengira dan memuktamadkan bilangan dan  nama pelajar yang ingin menyertai sekretariat masing-masing. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang positif dari pelajar.

Tarikh Input: 04/12/2021 | Kemaskini: 06/12/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeJAj~