BAZAR SEKRETARIAT 2022 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » BAZAR SEKRETARIAT 2022

BAZAR SEKRETARIAT 2022

KOLEJ SEPULUH, UPM, 07 Nov 2021 – Pada 17 Oktober 2022, Jemaah Pengerusi Aras telah menganjurkan sebuah program iaitu Bazar Sekretariat Kolej Sepuluh. Yang bertujuan untuk menambah pengetahuan pelajar berkaitan sekretariat dalam Kolej Sepuluh dan seterusnya membuka pendaftaran ahli sekretariat kepada pelajar Kolej Sepuluh. Program ini secara tidak langsung akan mendorong pelajar Kolej Sepuluh untuk melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Kolej Sepuluh. Selain itu, program ini berpeluang untuk memupuk semangat jati diri dan sifat kepimpinan dalam diri mereka. Notis mengenai program Bazar Sekretariat telah dihebahkan beberapa hari lebih awal sebelum program berlangsung agar setiap pelajar Kolej Sepuluh peka dan sedia maklum mengenai pelaksanaan Bazar Sekretariat ini. Sebelum program ini berlangsung, setiap sekretariat telah diberikan taklimat berkenaan bagaimana program ini akan berlangsung. Setiap sekretariat dikehendaki untuk membuat excel atau google sheets menggunakan komputer riba. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar diminta untuk memilih sekretariat yang mereka minati sekurang-kurangnya satu dan maksimum tiga sekretariat. Program ini berlangsung di Dataran Kolej Sepuluh. Tepat jam 8.30 malam, excel atau google sheets untuk pendaftaran sekretariat bagi Tahun 1 dibuka sehingga 9.30 malam. Seterusnya, pada jam 9.30 malam sehingga 10.30 malam, pendaftaran bagi pelajar Tahun 2 dan ke atas dibuka. Bazar Sekretariat yang berlangsung pada 17 Oktober 2022 ini juga telah dihebahkan oleh Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh melalui aplikasi WhatsApp. Sepanjang program ini dijalankan, semua pelajar telah memberikan kerjasama yang baik. Sebarang pertanyaan yang timbul telah diajukan kepada Majlis Perwakilan Kolej (MPK) iaitu Jemaah Pengerusi Aras (JPA) yang bertanggungjawab. Program ini berlangsung selama 3 jam, bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Selepas program ini tamat, setiap sekretariat diminta untuk menutup, mengira dan sekaligus memuktamadkan bilangan dan nama pelajar yang telah menyertai sekretariat masing-masing. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat maklum balas yang positif dari pelajar.

Tarikh Input: 22/11/2022 | Kemaskini: 22/11/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeKA0~