Kolej Sepuluh, UPM, 29 Oktober 2024 – Sekretariat Kediaman dan Kebajikan (SEDBA), Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2024/2025, telah berjaya menganjurkan Program Bazar Sekretariat bagi Sesi 2024/2025 pada 21 Oktober 2024 (Isnin) bertempat di Gelanggang Futsal Kolej Sepuluh dari jam 8:30 malam hingga 10:30 malam. Program ini bertujuan untuk membuka peluang kepada para pelajar menimba pengetahuan, selain mempromosi dan memperkenalkan sekretariat-sekretariat yang terdapat di Kolej Sepuluh.
Inisiatif ini diharapkan dapat mendorong dan meningkatkan keterlibatan para pelajar Kolej Sepuluh dalam aktiviti kolej yang berimpak tinggi sekali gus memperkukuh nilai kepimpinan serta semangat jati diri dalam diri. Hal ini selaras dengan visi dan misi Kolej Sepuluh yang menjana pembangunan manusia serta melahirkan pelajar dengan personaliti yang unggul.
Hebahan program telah dilakukan beberapa hari sebelum program dijalankan agar para pelajar Kolej Sepuluh cakna akan pelaksanaan program ini. Selain itu, program ini turut disertakan dengan inisiatif kitar semula, di mana setiap pelajar diminta menyumbangkan sekurang-kurangnya dua botol plastik. Langkah ini bertujuan menyemai kesedaran terhadap kepentingan kitar semula dalam kalangan warga kolej.
Bagi pendaftaran sekretariat, pelajar digalakkan untuk mendaftar di sekretariat yang diminati. Proses pendaftaran ini dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakan semasa program berlangsung. Program Bazar Sekretariat ini telah mendapat kerjasama yang sangat baik daripada warga Kolej Sepuluh dan menerima maklum balas yang positif. Program seperti ini diharapkan dapat terus menjadi platform yang efektif untuk memperkasakan pembangunan kepimpinan pelajar dan memupuk semangat kolektif dalam kalangan warga Kolej Sepuluh.

Gambar 1: Pendaftaran Sekretariat Sesi 2024/2025

Gambar 2: Promosi Sekretariat oleh MPK Sekretariat Kesenian dan Kebudayaan (SETA)

Gambar 3: Pendaftaran Sekretariat Sesi 2024/2025

Gambar 4: Aktiviti kitar semula botol plastik

Gambar 5: AJK Tugas-Tugas Khas menguruskan botol plastik bagi tujuan kitar semula
Tarikh Input: 27/12/2024 | Kemaskini: 27/12/2024 | ruzaimi

PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR