BENGKEL 'GREEN WORKSHOP' | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » BENGKEL 'GREEN WORKSHOP'

BENGKEL 'GREEN WORKSHOP'

Oktober 2019, Serdang - Sebuah program; Green Workshop telah dianjurkan oleh Sekreteriat Alam Sekitar Kolej 10 pada 20 Oktober 2019 yang disertai oleh seramai 19 orang peserta. Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari yang bertempat di sekitar kawasan Kolej 10. Program ini dimulakan dengan penerangan tentang sistem penanaman pokok oleh En. Muhammad Fitri Abu Muntalib selaku Pegawai Pertanian UPM, yang juga merupakan felo Kolej 10 dan diiringi oleh En. Mohd Hafizudeen Mohd Zaidi selaku felo Sekreteriat Alam Sekitar Kolej 10. Aktiviti yang dilakukan ialah penanaman pokok jenis hidroponik dimana penanaman pokok yang dilakukan menggunakan air baja tanpa menggunakan tanah serta penanaman bukan hidroponik yang menggunakan tanah yang dilakukan di Taman Herba. Semua penanaman pokok akan dipantau dan diberi penjagaan oleh setiap peserta secara berkala untuk memastikan penanaman yang dilakukan berjaya.

Pemberita oleh: Muhammad Zuhdi Bin Md Zahir

Website oleh: Nur Ain Fitriah binti Zamrisham

Tarikh Input: 23/10/2019 | Kemaskini: 24/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAu~