Bengkel Insentif Penulisan Dan Pengurusan Fail | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Bengkel Insentif Penulisan dan Pengurusan Fail

Bengkel Insentif Penulisan dan Pengurusan Fail

JUMAAT, 3 Disember 2021 - Pada 3 hingga 4 Disember 2021 iaitu Jumaat hingga Sabtu yang lalu, Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh telah mengadakan Bengkel Intensif Penulisan dan Pengurusan Fail melalui platform Zoom. Bengkel ini bertujuan untuk mengajar format penulisan yang betul dan pengurusan fail kepada semua setiausaha sekretariat. Bengkel ini dijalankan selama dua hari dan dibahagikan kepada dua slot iaitu slot yang pertama adalah Pengurusan Minit Mesyuarat dan slot yang kedua adalah Penulisan Surat dan Memo Jemputan. Bengkel ini juga disambut baik oleh para setiausaha sekretariat dan juga MPK iaitu dengan jumlah seramai 54 orang peserta.

Penceramah bagi slot yang pertama adalah En. Naszroul Haqimee bin Rahmat. Beliau memberikan penerangan secara terperinci mengenai pengurusan minit mesyuarat dan menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh pelajar. Dalam slot yang pertama, En. Naszroul banyak menerangkan tentang aliran mesyuarat yang betul dan cara menulis minit mesyuarat dengan terurus dan teratur. Bagi slot yang kedua, penceramahnya ialah saudari Siti Hana Alisa binti Harun selaku Setiausaha Agung 1 Sesi 2021/2022. Dalam slot yang kedua, saudari Hana banyak menyentuh tentang format penulisan surat rasmi dan memo jemputan yang betul. Beliau juga menggunakan Microsoft Words dan menunjukkan contoh secara langsung kepada para peserta untuk memastikan mereka faham akan format yang ditunjukkan.

Oleh itu, semoga bengkel ini dapat diadakan untuk setiap sesi supaya setiap setiausaha sekretariat dan juga MPK bersedia untuk menyediakan serta menguruskan mesyuarat dan fail dengan sebaiknya. (227 patah perkataan)

Tarikh Input: 27/12/2021 | Kemaskini: 27/12/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAY~