Bengkel Lego Robotik 2023 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Bengkel Lego Robotik 2023

Bengkel Lego Robotik 2023

SERDANG, 1 Mac - Bengkel Lego Robotik 2023 anjuran Kelab K10 Innovators, Sekretariat Akademik (ACAEX) Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh Sesi 2022/2023, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melabuhkan tirai semalam dengan jayanya dan telah mendidik lebih daripada 100 orang peserta muda khasnya murid sekolah yang berusia 7 hingga 16 tahun dengan dunia kejuruteraan bagi mendepani Industri Revolusi 5.0. Bengkel kali ini telah berjaya dilaksanakan sebanyak tiga sesi iaitu bengkel ke-6 pada 20 hingga 21 Februari, ke-7 pada 21 hingga 22 Februari dan ke-8 pada 27 hingga 28 Februari. Melalui bengkel ini, peserta cilik dapat mengasah bakat dan kreativiti masing-masing untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam industri teknologi. Pengarah program, Muhammad Mustaqim Nurhady, pelajar tahun tiga Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, berkata bahawa bengkel ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa dan peserta. "Bengkel anjuran kami ini telah mendapat lebih daripada 100 penyertaan daripada sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang. Berdasarkan respon daripada ibu bapa dan sambutan yang amat menggalakkan ini, kami bercadang untuk meneruskan lagi program ini pada masa yang akan datang dan mungkin akan dijadikan sebagai program mingguan bagi meningkatkan lagi pengetahuan anak muda dalam bidang kejuruteraan. Di samping itu, program ini juga telah berjaya melatih 10 orang fasilitator dalam kalangan pelajar Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik UPM untuk berkongsi ilmu secara kritis kepada peserta bahkan menyelesaikan masalah berkenaan sistem elektronik dan pengaturcaraan komputer selaras dengan perkembangan Internet of Things atau IoT”, katanya. Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang bengkel ini berlangsung adalah pembinaan Line Follower Robot, Obstacle Robot, Tug of War Robot dan Soccer Robot serta pengaturcaraan sistem menggunakan aplikasi Lego Digital Design dan Lego Mindstorm. Untuk sebarang hebahan poster dan promosi dari semasa ke semasa, bolehlah melayari akaun Instagram @k10acaex atau @robotic.upm.

Tarikh Input: 26/05/2023 | Kemaskini: 26/05/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAP~