BENGKEL MENYUNTING VIDEO | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » BENGKEL MENYUNTING VIDEO

BENGKEL MENYUNTING VIDEO

Serdang, Oktober 2019- bengkel menyunting video telah diadakan pada 26 oktober 2019. Bengkel menyunting video tersebut diadakan di dewan kuliah 8,fakulti kejuruteraan Universiti Putra Malaysia. Bengkel ini terbuka untuk ahli seketeriat teknikal dan multimedia. Seramai 45 ahli yang terlibat dalam bengkel menyunting video ini. Bengkel menyunting video ini bermula pada pukul 8 malam hingga pukul 10 malam. Sebelum bengkel dimulakan para peserta diberikan nasi dan sebotol air mineral. Makanan diberikan bertujuan supaya para peserta bersemangat dan bertenaga bagi meneruskan bengkel sehingga habis. Bengkel ini bertujuan untuk memastikan ahli seketeriat teknikal dan multimedia dapat mengetahui lebih lanjut cara untuk menyunting video dengan senang dan lebih pantas. Tenaga pengajar bagi bengkel ini ialah najiha binti ramlan yang merupakan mpk teknikal kolej sepuluh. Beliau telah mengajar mereka dengan bersungguh sungguh dan mengajar mereka semua ilmu tentang menyunting video. Najiha juga dibantu oleh Wildan yang merupakan pengerusi untuk seketeriat teknikal dan multimedia. Wildan membantu najiha dalam mengajar. Bengkel ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2 orang Felo iaitu Encik Naszroul dan Encik Ashaari. Setelah bengkel habis semua peserta kelihatan sangat gembira kerana dapat ilmu baru. Sebelum bersurai mereka semua bergambar bersama sama untuk menyimpan sebagai kenangan.

berita oleh:Firdaus

Tarikh Input: 03/11/2019 | Kemaskini: 03/11/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAg~