Bengkel Pemantapan Teknikal | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Bengkel Pemantapan Teknikal

Bengkel Pemantapan Teknikal

UPM Serdang, 27 September 2019 – Sebuah bengkel,Bengkel Pemantapan Teknikal telah diadakan di Kolej sepuluh. Bengkel tersebut telah diadakan pada jumaat (27/9/2019) dan ahad (29/92019).Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah berkaitan teknikal dalam diri pelajar.Selain itu, pelajar juga dapat mendalami ilmu teknikal yang dapat dipratikkan pada masa akan datang.Di samping itu juga memberikan pengetahuan dan pendedahan awal kepada ahli ahli kelab teknikal yang berminat menyertai bengkel ini.Ahli-ahli jawatankuasa seketeriat diminta untuk turun lebih awal untuk menyiapkan tempat bengkel tersebut.Terdapat 30 peserta yang terlibat dengan bengkel pada 27/9/2019.Bengkel ini telah dimulakan pada hari jumaat pukul 9 malam dan berakhir pukul 11 malam. Semua peserta yang hadir diminta untuk menanda tangan sebagai bukti kehadiran mereka. Bengkel ini dimulakan dengan semua para peserta dijemput makan dahulu di bilik hibiscus alba. Kemudian, pada pukul 9.20 penceramah tiba di dewan hibiscus. Peserta pula dijemput duduk di tempat yang telah disediakan. Semua peserta yang terlibat menumpukan sepenuh perhatian terhadap ceramah yang disampaikan.Terdapat juga peserta yang bertanyakan soalan kepada penceramah agar memantapkan lagi pemahaman mereka serta menunjukkan minat terhadap bengkel pemantapan teknikal ini.Setelah 2 jam berlalu, akhirnya ceramah ini berakhir. Penceramah dijemput untuk mengambil gambar bersama peserta peserta bengkel ini.Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya.Setelah semua peserta pulang, ahli jawatan kuasa seketeriat bekerjasama untuk mengemas semula dewan tersebut.Tamat program pada hari jumaat.

BILIK HELICONIA, KOLEJ 10, UPM, 29 September 2019 – Bengkel pemantapan teknikal diteruskan lagi pada hari Ahad.Bengkel ini pula diadakan di bilik Heliconia Kolej Sepuluh.Program ini bermula pada pukul 9 pagi hingga 11 pagi.Bilangan peserta dijangka terlibat adalah seramai 20 orang, tetapi ada segelintir peserta yang tidak dapat hadir atas sebab sebab tertentu.Peserta yang hadir diminta untuk menanda tangan sebagai bukti kehadiran mereka. Semua peserta yang terlibat dijemput makan pada pukul 8.30 pagi.Setelah makan, para peserta dijemput ke bilik Heliconia untuk meneruskan program ini. Tepat pada pukul 9 pagi penceramah tiba di bilik Heliconia bagi menyampaikan ceramah. Kebanyakan peserta berminat dengan menumpukan sepenuh perhatian dan senyap semasa ceramah disampaikan.Terdapat juga peserta yang kurang menumpukan perhatian dengan bermain henfon dan sebagainya.Namun sempat ditegur oleh ahli ahli jawatankuasa seketeriat dan peserta juga memberikan kerjasama yang baik.Akhirnya pada pukul 11 pagi, program tamat. Bengkel ini berjalan dengan lancar selama ia diadakan pada hari jumaat dan ahad.

Kesimpulannya, Program ini diharap dapat memberikan pengetahuan kepada para pelajar Kolej Sepuluh. Melalui program ini, diharapkan ia dapat menjadi satu satu wadah penyampaian ilmu yang baik disamping melahirkan pelajar yang akan meningkatan nama kolej, universiti, masyarakat dan negara. Selain itu, nilai-nilai kemahiran insaniah juga diharap dapat ditanam dalam diri pelajar yang mengikuti program ini.

 

Berita dan Website Oleh:

Nur Ain Fitriah binti Zamrisham

Tarikh Input: 21/02/2020 | Kemaskini: 21/02/2020 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAg~