BENGKEL PHOTOSHOP K10 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » BENGKEL PHOTOSHOP K10

BENGKEL PHOTOSHOP K10

SERDANG, 15 Nov - Satu bengkel kemahiran Photoshop telah dianjurkan oleh Sekretariat Teknikal dan Multimedia Kolej Sepuluh bertempat di Dewan Kuliah 6 Fakulti Kejuruteraan. Bengkel ini telah dimulakan  dimana peserta mula mendaftar pada 7.15 malam dan berakhir tepat pada jam 10 malam. Jumlah peserta yang telah terlibat untuk Bengkel Photoshop ini adalah seramai 57 orang yang terdiri daripada 2 orang felo Kolej Sepuluh, 10 orang urusetia dan 45 orang peserta dari pelajar Kolej Sepuluh.

 

Antara pengisian program Bengkel Photoshop ini adalah kemahiran asas Photoshop dan peserta turut didedahkan dengan kemahiran penghasilan poster. Kemahiran menyunting merupakan kemahiran yang sewajarnya dipelajari oleh para pelajar. Salah satu bahan yang sering disunting ialah gambar dan poster. Bahan-bahan ini boleh dijadikan satu platform untuk menyampaikan maklumat penting. Antara perisian yang sering digunakan oleh penyunting ialah Adobe Photoshop.

 

Program ini diharap dapat memberikan pengetahuan tambahan kepada para pelajar Kolej Sepuluh. Melalui program ini, diharapkan ia dapat menjadi satu pengalaman yang baik disamping melahirkan pelajar yang akan meningkatkan nama kolej, universiti, masyarakat dan negara. Selain itu, nilai-nilai kemahiran insaniah juga diharap dapat diterap dalam diri pelajar yang mengikuti program ini.

 

Berita Oleh : Wan Muhamad Baqir Mahdi

Gambar : Instagram Kolej Sepuluh

 

Tarikh Input: 27/11/2019 | Kemaskini: 27/11/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAI~