BERITA PROGRAM K10 CAMPUS FUTSAL 2025: PIALA SUPER MOKH- SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT | KOLEJ SEPULUH k10
» BERITA » BERITA PROGRAM K10 CAMPUS FUTSAL 2025: PIALA SUPER MOKH- SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT

BERITA PROGRAM K10 CAMPUS FUTSAL 2025: PIALA SUPER MOKH- SEMARAK GAYA HIDUP SIHAT

Serdang, 28 Disember 2025 – Kolej Sepuluh, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menganjurkan program K10 Campus Futsal 2025: Piala Super Mokh yang berlangsung di Gelanggang Futsal, Kolej Sepuluh. 

Program anjuran Sekretariat Kediaman dan Kebajikan (SEDBA) itu merupakan antara inisiatif utama di bawah pelaksanaan PUTRASihat 2025 dengan penglibatan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) serta komuniti setempat. 

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan mahasiswa dalam aktiviti fizikal secara kompetitif selaras dengan matlamat PUTRASihat 2025 yang menekankan kesejahteraan fizikal dan mental warga kampus.

Selain itu, program ini turut menjadi platform dalam membentuk sahsiah, disiplin serta semangat kerjasama berpasukan melalui penerapan nilai kesukanan sepanjang kejohanan berlangsung.

Program turut dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan futsal yang melibatkan pasukan Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh bersama wakil daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ). 

Inisiatif itu dilihat sebagai simbol hubungan strategik antara pihak kolej dan komuniti setempat, sekali gus memperkukuhkan jalinan kerjasama serta interaksi dua hala melalui medium sukan.

Menurut Pengarah Program, Muhammad Adham Aminudin, melalui program K10 Campus Futsal 2025: Piala Super Mokh membuktikan bahawa penganjuran sukan futsal mampu menjadi medium yang efektif dalam membudayakan gaya hidup sihat, memperkukuhkan perpaduan serta mewujudkan persekitaran kampus yang aktif dan sejahtera.

 

Gambar 1: Sesi Fotografi bersama Peserta selepas Majlis Perasmian Program oleh Pengetua Kolej Sepuluh.

 

Gambar 2: Perlawanan Futsal Bermula.

 

Gambar 3: Perlawanan Persahabatan Antara Pasukan MPK bersama Wakil MBSJ.

 

Gambar 4: Gambar bersama Pemenang K10 Campus Futsal 2025: Piala Super Mokh (Pasukan Bukit Gading).

 

Gambar 5: Sesi Fotografi bersama Peserta.

Tarikh Input: 13/06/2026 | Kemaskini: 11/07/2026 | ruzaimi

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
X, (10:58:54pm-11:03:54pm, 04 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]