Buku Percuma Untuk Anda | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Buku Percuma untuk Anda

Buku Percuma untuk Anda

KOLEJ SEPULUH, 26 Mac 2022 – Pada 26 Mac 2022, Sekretariat Akademik telah menganjurkan satu program iaitu Free Books For You yang bertempat di Bilik Alamanda. Program ini diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar yang berkeperluan untuk memenuhi keperluan buku-buku akademik. Program ini diadakan terbuka kepada semua pelajar Kolej Sepuluh. Ramai pelajar telah menunggu di luar Bilik Alamanda walaupun program belum dimulakan. Semasa program sedang berlangsung, seramai 18 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar perempuan telah mengambil peluang untuk mendapatkan buku-buku akademik secara percuma. Setiap pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil lima buah buku sahaja setiap seorang dimana perkara ini dapat memberi peluang kepada pelajar-pelajar lain untuk turut sama mendapatkan buku-buku akademik yang mereka perlukan. Setiap pelajar yang 

hadir perlulah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dengan bergilir-gilir masuk ke dalam Bilik Alamanda. Hanya tiga orang pelajar sahaja yang dibenarkan untuk berada di dalam Bilik Alamanda pada satu-satu masa. Bukan itu sahaja, Sekretariat Akademik juga turut membuat jualan aiskrim Malaysia yang dijual dengan harga RM 1.00 di hadapan Bilik Alamanda. Pelbagai perisa aiskrim dijual bagi membolehkan pelajar-pelajar membeli mengikut cita rasa yang mereka inginkan. Jualan aiskrim ini merupakan aktiviti dalaman sekretariat dibawah pengendalian Exco ACAEX Premium dimana aktiviti ini dijalankan bagi memupuk minat keusahawanan dalam diri setiap pelajar. Semoga program-program yang mendatangkan manfaat kepada para pelajar seperti ini dapat dijalankan pada masa akan datang.

Tarikh Input: 25/04/2022 | Kemaskini: 25/04/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeMAn~