CALIT-CALIT CANTIK | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » CALIT-CALIT CANTIK

CALIT-CALIT CANTIK

SERDANG, 13 Mei 2023 – Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SETA), Kolej Sepuluh (K10) telah menganjurkan program Calit-Calit Cantik 2023 (CCC 2023) pada tanggal 13 Mei 2023 (Sabtu). SETA turut menjayakan Program Borneo Night Festival dengan kerjasama pihak Jemaah Pengerusi Aras (JPA), di mana program ini juga merupakan salah satu program Fusion of Cheers (FOC). Program ini telah dijalankan selama sehari dengan jayanya dengan penglibatan yang aktif daripada peserta dan dibanjiri dengan ramai penonton. 27 orang peserta terdiri daripada 9 orang peserta lelaki dan 18 orang peserta perempuan semua sekali telah melibatkan diri dalam program ini.
Objektif program ini telah dicapai dengan jayanya iaitu meningkatkan kemahiran dalam membina hubungan sesama sendiri yang bagus serta mampu berinteraksi dengan orang lain dengan lebih efektif.
Selain itu, program ini juga telah mendorong para pelajar Kolej Sepuluh untuk menjadi lebih aktif dalam menggilap kreativiti bersama kaedah berfikir yang menjangkau batasan masing-masing. Program Calit-Calit Cantik ini dimulakan dengan Bengkel Tatarias dengan penceramah jemputan, Puan Norazreen Binti Samsuri yang merupakan Pengarah Jualan Bebas Mary Kay. Seramai 4 orang peserta lelaki dan 13 orang peserta perempuan telah menyertai bengkel ini yang diadakan di bilik Heliconia pada
pukul 1.30 petang sehingga 6.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada para pelajar tentang teknik solekan yang digunapakai untuk persembahan pentas. Program CCC 2023
diteruskan lagi dengan Borneo Night Festival di mana Pertandingan Peragaan Pakaian Borneo berlangsung dengan 5 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta perempuan. Borneo Night Festival ini
dijalankan pada pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Peserta-peserta yang menyertai Pertandingan Peragaan Pakaian Borneo tersebut telah memperagakan busana tradisi etnik Borneo
yang terpilih. Antaranya ialah etnik Iban, Bidayuh, Melanau, Bajau, Dusun dan Orang Ulu. Penonton turut didedahkan denga sejarah pakaian etnik yang diterangkan secara terperinci oleh pengacara majlis.
Terdapat juga persembahan selingan ketika berlangsungnya pertandingan peragaan ini iaitu Badansa Dance Troupe dan artis jemputan, Kucaimars. Tidak dilupakan juga bilangan para penonton yang memeriahkan suasana Borneo Night Festival ini iaitu seramai 288 orang.
Akhir sekali, setelah berlangsungnya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Peragaan Pakaian Borneo, Borneo Night Festival sekaligus program Calit-Calit Cantik
melabuhkan tirai dengan jayanya. Diharapkan program CCC 2023 ini dapat memberikan pelbagai jenis ilmu terutamanya dalam bidang tatarias dan menghargai lalu membuka mata orang ramai tentang kecantikan serta keunikan etnik lain terutamanya di bahagian Borneo Malaysia.

Tarikh Input: 12/06/2023 | Kemaskini: 12/06/2023 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
WXEeJAM~