Ceramah Perdana Cinta Kerana Allah | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Ceramah Perdana Cinta Kerana Allah

Ceramah Perdana Cinta Kerana Allah

AHAD, 27 Disember 2020 – Sekretariat Kerohanian Dan Perpaduan Kolej 10 (SKP K10) telah mengadakan program ceramah perdana yang bertajuk ‘Cinta Kerana Allah’. Program tersebut telah berlangsung secara live di platform youtube Al-Wehdah SKP. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar, tentang konsep cinta mengikut syarak yang betul dan boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Program tersebut telah diisi dengan perkongsian yang menarik daripada penceramah yang dijemput khas iaitu pengasas dan juga penulis buku ‘Tarbiah Sentap’ Ustaz Ahmad Adnin Bin Roslan. Beliau yang tidak asing lagi terkenal dengan karya-karya penghasilan beliau yang sangat menarik minat ramai para pembaca dalam kalangan pelajar.

Beliau yang menerima pendidikan di Universiti Al-Azhar Mesir berkongsi tentang beberapa faktor yang harus dititikberatkan oleh semua pelajar tentang konsep ‘Cinta Kerana Allah’. Antaranya adalah maksud cinta kerana Allah yang dikategorikan antara cinta halal dan cinta haram. Ada juga golongan remaja atau pelajar yang seringkali menyalahgunakan konsep cinta kerana Allah dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan iaitu dalam erti kata lain mengahalalkan yang haram. Faktor kedua adalah hukum cinta sebelum kahwin. Hukum yang telah dijelaskan oleh beliau sangat menarik minat para pelajar dimana beliau menegaskan bahawa setiap apa yang dilakukan harus berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Tuntasnya, semua maklum bahawa cinta itu fitrah dan kehidupan manusia ini sendiri tidak lari dari fitrah Allah. Beliau juga berkongsi tentang tindakan yang perlu diambil sekiranya terjebak di dalam isu cinta ini. Banyak tips dan cadangan yang dikongsikan untuk dijadikan panduan. Beliau mengajar untuk fokus terlebih dahulu didalam apa yang dilakukan contohnya fokus dalam pelajaran, fokus dalam menyampaikan dakwah serta perlu menunaikan tangungjawab sebagai seorang pelajar terlebih dahulu. Seterusnya, adalah perkara- perkara utama yang perlu dijaga ketika berada dalam pergaulan. Antara perkara yang perlu dijaga adalah ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Beliau menegaskan supaya para pelajar menjaga pandangan dan juga dari segi pemakaian bagi lelaki mahupun perempuan. Kesimpulannya beliau amat menegaskan bahawa Allah tidak menghukum berdasarkan perasaan tapi Allah menghukum berdasarkan perbuatan setiap manusia tersebut.

Akhir sekali, program terus diisi dengan sesi soal jawab antara penonton dan penceramah. Terdapat banyak soalan yang dilontarkan oleh para penonton dan telah dihuraikan dengan jelas oleh penceramah dengan memberikan contoh-contoh yang berkaitan. Program yang berlangsung selama 2 jam ini, mendapat sambutan orang ramai dengan bilangan seramai 893 orang penonton pada hari tersebut. Oleh itu, program yang dijalankan ini sangat bermanfaat dan memberi impak yang positif dalam kehidupan para pelajar.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/01/2021 | Kemaskini: 04/01/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLAf~