CHITHIRAI VIZHA 2019 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » CHITHIRAI VIZHA 2019

CHITHIRAI VIZHA 2019

  Sebuah program tahunan; Chitirai Vizha telah diadakan oleh Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas. Program ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan dengan menderma dana yang diperolehi kepada mereka. Pada tahun ini, Kolej Sepuluh dan Kolej Sebelas telah berjaya menjayakan lagi program ini pada 13 April 2019 bertempat di Dewan Besar UPM. Terdapat pelbagai persembahan menarik seperti Silambam, tarian dan juga nyanyian. Terdapat tiga kategori bagi penerima bantuan iaitu keluarga, sekolah dan juga NGO. Tema bagi program ini pada tahun ini ialah arramseivom. Ia memfokuskan untuk mempromosikan menderma sambil beramal kepada orang ramai. Program ini turut dihadiri oleh Penasihat Teknikal bagi Persatuan Silambam Malaysia, Dato Mahaguru Sivakumar. Pihak pengurusan kolej amat berharap agar program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

Pautan gambar : https://www.instagram.com/p/BwPQCevAdcr/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=17xifhdza43yb

Berita oleh: Muhammad Wildan bin Azman

Gambar oleh : Pravin

Tarikh Input: 14/04/2019 | Kemaskini: 30/04/2019 | ridzuanm

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeOAj~