Covid-19 Awareness Video Challenge | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Covid-19 Awareness Video Challenge

Covid-19 Awareness Video Challenge

KOLEJ SEPULUH, UPM, 31 DIS 2020 - Sekretariat Teknikal dan Multimedia, Kolej Sepuluh telah berjaya menganjurkan pertandingan Covid-19 Awareness Video Challenge menerusi aplikasi media sosial Instagram. Pertandingan ini bermula pada 14 Disember 2020 saat poster diedarkan menerusi aplikasi Whatsapp kepada semua pelajar. Media sosial Instagram untuk kegunaan program kemudiannya diwar-warkan kepada pelajar agar mudah mereka mendapat info terkini. Pertandingan berlangsung sepanjang 14 hari cukup untuk pelajar menyediakan video yang kreatif dan bermaklumat tentang isu usaha membanteras Covid-19. Pertandingan ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk terus mengamalkan SOP yang digariskan oleh pihak kerajaan serta untuk memberi peluang kepada para pelajar menggilap bakat dan daya kreatif mereka mengolah video.

Seramai 81 orang pelajar UPM telah menyertai pertandingan tersebut secara individu atau berkumpulan dan pertandingan ini berjaya mencapai jumlah sasaran pelajar iaitu seramai 50 peserta. Hasil video pelajar telah ditapis agar tidak mempunyai unsur-unsur negatif dan kemudiannya dipaparkan untuk tontonan orang ramai di akaun Instagram @covid_19avc. Pihak penganjur menutup kemasukan setelah tamat tempoh bertanding pada 27 Disember 2020. Setelah dinilai oleh para juri, pemenang setiap kategori dimaklumkan di media sosial.

Bagi makluman semua, pihak PKU telah memberi sumbangan sebanyak RM300.00 di penghujung program dan pihak pengajur telah menggunakan sumbangan tersebut untuk pemenang kategori-kategori tertentu. Akhir sekali, pihak penganjurjuga ingin mengucapkan tahniah kepada johan pertandingan, saudara Ng Yong Cheng yang telah memenangi wang tunai sebanyak RM150.00 Sementelah itu, naib johan berjaya memenangi RM100.00, tempat ketiga sebanyak RM70.00 malah pemenang sagu hati dan pemenang berkatogori berjaya menggapai wang tunai sebanyak RM40.00 dan RM75.00 masing-masing. Pertandingan ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan turut mendapat respon yang positif dari peserta.

Tarikh Input: 03/01/2021 | Kemaskini: 03/01/2021 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEePAF~