Ekspedisi Gua Batu Maloi | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Ekspedisi Gua Batu Maloi

Ekspedisi Gua Batu Maloi

19 Oktober 2019,Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan, sebuah program meneroka gua telah dianjurkan oleh Sekretariat Rekreasi Kolej Sepuluh 2019/2020. Ekspedisi ini disertai seramai 38 orang peserta dan 2 orang pengiring. Mereka bertolak dari kawasan kolej pada pukul 8.00 pagi dan perjalanan mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Setibanya di Batu Maloi, mereka dikehendaki untuk berkumpul dan diberi taklimat oleh pengurus kawasan rekreasi Gua Batu Maloi iaitu En.Johari atau lebih selesa disapa sebagai Pak Jo.   Kemudian, seorang wakil dari kalangan peserta diminta untuk membaca doa sebelum memulakan ekspedisi.Seusai bacaan doa, ekspedisi bermula dengan pemandu arah mengetuai kumpulan. Halangan pertama yang dihadapi oleh peserta ialah mengharungi sebatang sungai yang jernih dan sejuk untuk sampai ke gua. Setibanya di gua
pertama, mereka dikehendaki merangkak untuk memasuki gua tersebut. Penerokaan gua ini terdapat 24 checkpoint kesemuanya. Setelah masuk ke dalam gua, peserta perlu merangkak dan meniarap bagi menghalangi batubatuan yang tajam di atas kepala.  Mengikut lagenda tempatan,gua tersebut berbentuk kapal layar dari pandangan dalam gua. Kapal layar itu mempunyai belahan di tengah-tengahnya dan dipercayai kapal itu
berada di antara dua alam berlainan.Pada bahagian hadapan dipercayai milik alam manusia manakala pada bahagian belakang milik alam bunian.Terdapat satu lukisan yang berbentuk
seorang kanak - kanak lelaki di atas sebuah batu di dalam gua tersebut dimana hanya kawasan lukisan tersebut itu sahaja yang lembab manakala kawasan lain pada batu itu kering. Kisah lagenda mengatakan bahawa nama kanak - kanak lelaki itu ialah Maloi dan terdapat lukisan gambaran isterinya bersebelahan lukisannya. Kemudian, mereka meneruskan lagi perjalanan.Hampir 70% perjalanan kami adalah di dalam gua. Keluar sahaja kawasan gua, mereka menggunakan laluan hutan atau ‘jungle tracking’ untuk sampai semula ke tempat permulaan tadi. Setibanya mereka di tempat berkumpul, mereka dijemput makan oleh Pak Jo. Seusai makan, semua peserta diarahkan membersihkan diri di bilik persalinan dan seterusnya menunaikan solat Zohor. Pada pukul 4 petang, mereka bertolak pulang ke Kolej Sepuluh,UPM dan tiba pada pukul 6 petang akibat hujan yang agak lebat sepanjang perjalanan.

Berita oleh : Firdaus

Tarikh Input: 23/10/2019 | Kemaskini: 23/10/2019 | fadhlil

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeLA4~