SERDANG April 2019 - Sebuah Majlis Anugerah; Elite Recognition Award (ERA) 2019 Kolej 10 dan Kolej 11 telah diadakan pada 2 Mei 2019 di Dewan Auditorium Kejuruteraan Radin Omar, Fakulti Kejuruteraan UPM. Anugerah ini telah dihadiri oleh pengetua Kolej 10 dan Kolej 11 YBhg. Prof. Ir. Dr. Hang Tuah bin Baharudin dan barisan Felo.
Majlis ini dimulakan pada jam 8.00 malam dan diakhiri pada jam 11 malam. Majlis ini berjalan dengan lancar dengan beberapa persembahan daripada pelajar Kolej 10 dan 11 serta penyampaian anugerah kepada pelajar terbaik Kolej 10 dan kolej 11 bagi sesi 2019. Pihak Kolej mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar yang telah menerima anugerah.
Berita Oleh : Azrul Haqim Jaafar
Gambar Oleh : Muhammad Syakir Iman Roslan , Muhd Hazim Azmi
Tarikh Input: 05/05/2019 | Kemaskini: 05/05/2019 | ridzuanm
PEJABAT AM
KOLEJ 10
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR