‘ELITE RECOGNITION AWARD 2022 (ERA 2022)'. | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » ‘ELITE RECOGNITION AWARD 2022 (ERA 2022)'.

‘ELITE RECOGNITION AWARD 2022 (ERA 2022)'.

Serdang – 18 JUN 2022 – Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh telah berjaya mengadakan Elite Recognition Award 2022 (ERA 2022) bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin AbduL Aziz Shah (PKKSSAAS) yang melibatkan seramai 334 orang terdiri daripada Pelajar Kolej Sepuluh, Pihak Pengurusan dan Felo Kolej Sepuluh, Alumni Kolej Sepuluh, Jemaah Presiden Kolej UPM, Jemaah Pengetua Kolej UPM, YBhg. Prof Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyrakat, dan Datuk Anuar A. Rahman, Ketua Eksekutif Tapaw Group Sdn. Bhd. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan di Kolej Sepuluh yang menggabungkan Malam Seri Gemilang dan Elite Recognition Award. Program ini bertujuan untuk meraikan pelajar tahun akhir Kolej Sepuluh sekali gus memberikan penghargaan kepada tokoh-tokoh pelajar yang telah menyumbang bakti di peringkat Kolej, Universiti mahupun Kebangsaan. Program yang telah diketuai oleh Saudari Siti Hana Alisa Harun selaku pengarah program telah mendapat maklum balas daripada tetamu-tetamu jemputan dan pelajar Kolej Sepuluh. Pengisian majlis turut dipenuhi dengan Majlis Makan Malam, Persembahan daripada Pelajar Kolej dan Sesi Penganugerahan untuk Tokoh Pelajar. Setinggi tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Saudara Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Seri Gemilang Kolej Sepuluh bersempena ERA 2022. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada penerima Anugerah Khas Pengetua (Ahmad Lutfi Muhammad Shahrul Munir, Noor Nabihah Syazwani Kharayani, Mohamad Adham Azri, Ain Ismail, Muhammad Huzaifi Ismut), Anugerah Wibawa (Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin, Nur Farisha Shoeid), Anugerah Perkasa (Muhammad Afnan Mohd Anderil), Anugerah Intelek (Muhammad Zulfakhri Zulkifli, Ainnur Solehah Amat Ali), Anugerah Permata Seni (Ivan Chua Chi Whye, Nur Aina Afrina Harizan) dan Anugerah Ikon Tahunan (Nurin Izzati Suhameri, Humairatul Huda Sudarman, Ahmad Qayyum Fikri Ahmad Jazimin, Hafiz Zulhazmi Jabidin). Jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan rakan penaja ERA 2022, Printcious, Yasminazharrtw, Samsport, Apetit Village, Syarikat Nur Fareza, AEON Taman Equine, Alumni Kolej Sepuluh dan Felo Kolej Sepuluh.

 

Tarikh Input: 22/11/2022 | Kemaskini: 22/11/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeMA4~