Evergreen Garden K10 | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Evergreen Garden K10

Evergreen Garden K10


Pada 18 November 2023, Sekretariat Alam Sekitar Majlis Perwakilan Kolej (MPK) Kolej Sepuluh sesi 2023/2024 telah mengadakan Program Evergreen Garden. Program ini turut melibatkan kerjasama antara Pihak Pengurusan Kolej Sepuluh, Kesatuan Mahasiswa UPM, dan Kyutech University, Jepun yang bertujuan untuk mendidik peserta mengenai alam sekitar tanggungjawab individu terhadap alam sekitar dan kepentingan penanaman pokok serta memberi pendedahan kepada para pelajar inbound dari aspek penanaman pokok. Malah, program ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada para pelajar Kolej Sepuluh dan pelajar Universiti Kyutech Jepun untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Aktiviti yang dijalankan melalui Program Evergreen Garden lebih memfokuskan kepada aktiviti penanaman seperti menanam anak pokok di dalam tempurung kelapa dan penanaman pokok di Tugu Kolej Sepuluh. Secara keseluruhan, aktiviti penanaman pokok ini dapat dijadikan sebagai satu media yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran praktis, mengembangkan dan meningkatkan pemahaman mereka tentang lingkungan dan ekosistem.

Selain itu, terdapat 18 orang pelajar dari Universiti Kyutech bersama 18 orang pelajar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pelaksana dari Kolej Sepuluh telah menyertai program tersebut.

Tarikh Input: 20/01/2024 | Kemaskini: 20/01/2024 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeNAk~