Expert In Protocol (ExPro) | KOLEJ SEPULUH
» BERITA » Expert in Protocol (ExPro)

Expert in Protocol (ExPro)

SERDANG, 6 November 2022 – Sekretariat Komunikasi Korporat & Integriti (CommRate), Kolej Sepuluh (K10) telah berjaya menganjurkan program Expert in Protocol (ExPro) bertempat di Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program sehari ini telah dijalankan pada 6 November 2022 (Ahad) dengan kehadiran keseluruhan berjumlah 68 orang daripada 86 peserta yang mendaftar. 

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengajar dan memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang asas protokol dalam majlis dan juga pengenalan asas kepada etika. Para peserta juga diberikan peluang untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari semasa slot ketiga program iaitu Slot Simulasi Pengurusan Majlis. Aktiviti ini sangat penting kerana para peserta boleh menggunakan secara terus ilmu yang telah dipelajari. Slot ketiga ini diharapkan dapat membantu para peserta untuk mendapat gambaran awal bagaimana keadaan sebenar dalam sesuatu majlis. 

Sambutan para peserta yang hadir sangatlah memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat semasa slot ketiga, para peserta melontarkan begitu banyak persoalan kepada peserta yang membuat pembentangan dan juga penceramah berkenaan situasi yang mungkin berlaku ketika majlis. Perkara ini telah menunjukkan bahawa para peserta memberikan perhatian yang penuh semasa bengkel dan mempunyai minat yang mendalam berkenaan protokol. 

Pihak Sekretariat dan Pengurusan Kolej Sepuluh mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada para peserta yang melibatkan diri hadir dan menjayakan program Expert in Protocol (ExPro) ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih turut diberikan kepada Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat & Endowmen (WAZAN) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UPM atas sumbangan dan kerjasama diberikan bagi membolehkan program ini satu realiti. 

 

Tarikh Input: 22/11/2022 | Kemaskini: 27/11/2022 | rahiza

PERKONGSIAN MEDIA

KOLEJ SEPULUH
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 4647
03-9769 4647
SXEeMAC~